Showing posts with label Corporate Governance. Show all posts
Showing posts with label Corporate Governance. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

ANALISA PENUBUHAN SYARIKAT

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.
Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan Mahkamah.

Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.

Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.


PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT

Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:
a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai
b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim
c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.
Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Peringkat Kedua
Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :
a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A :
Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat.
b. Borang Perlantikkan Pengarah -
Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.
c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Peringkat Terakhir
Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.
Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.
----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).
----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat
----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.
Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan :
----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A
----->b. 5 Salinan Borang 44
----->c. 5 Salinan Borang 49
----->d. 5 Salinan Borang 24
----->e. 5 Salinan Borang 9
----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)
Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.

Friday, 29 March 2013

Bolehkah menutup syarikat kerana syarikat masih mempunyai hutang dengan bank & Supplier?

Di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat, 1965 memperuntukkan prosedur bagi syarikat untuk dibubarkan tanpa perlu menjalankan proses formal penggulungan. ( rujuk posting sebelum ini "winding up")

Proses pembatalan nama syarikat merupakan satu proses yang membolehkan Pendaftar Syarikat  menggunakan budi bicaranya untuk membatalkan nama sesebuah syarikat dari Daftar sekiranya Pendaftar Syarikat berpuas hati bahawa :



  • Syarikat tersebut tidak lagi beroperasi dan menjalankan perniagaan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 308(1) AS 1965;
  • Syarikat telah digulung tetapi tiada pelikuidasi yang bertindak;
  • Pelikuidasi gagal menyerah simpan penyata dan akaun syarikat yang digulung; atau
  • Syarikat tidak mempunyai aset atau aset tidak mencukupi untuk membuat permohonan perintah pembubaran dari Mahkamah.


Keperluan untuk permohonan menurut Seksyen 308 (3)

Di bawah sub-perenggan (b) dan (c) sebagaimana yang disebut di atas. Berdasarkan permohonan daripada pelikuidasi (liquidator), pelikuidasi harus memenuhi keperluan berikut:

  • Hal-ehwal syarikat kekal tidak berubah untuk tempoh enam (6) bulan atau lebih
  • Hal-ehwal syarikat telah digulung sepenuhnya dan mendapati tiada aset yang tertinggal. Syarikat itu mestilah tidak mempunyai aset ketara atau aset yang ada dalam syarikat tidak mencukupi untuk membayar kos mendapatkan perintah Mahkamah untuk membubarkan syarikat.
  • Pihak syarikat tidak perlu mempunyai apa-apa aset yang perlu ditadbir oleh Pelikuidasi yang sebelum membuat permohonan
  • Syarikat tidak perlu mempunyai apa-apa penalti tertunggak atau tawaran sebatian di bawah Akta Syarikat 1965. Pelikuidasi mesti memastikan bahawa semua liabiliti yang melibatkan harta syarikat telah diselesaikan sepenuhnya sebelum penyerahan permohonan untuk pemotongan dengan Pendaftar. 
  • Semua cukai liabiliti tertunggak (jika ada) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri ditanggung oleh Pelikuidasi yang mentadbir estet syarikat mesti telah diselesaikan sepenuhnya
  • Pelikuidasi mesti memastikan bahawa semua liabiliti itu diselesaikan sebelum permohonan untuk pemotongan dibuat. 
  • Semua hutang kepada jabatan agensi-agensi Kerajaan dan lain-lain ditanggung oleh Pelikuidasi dalam mentadbir estet syarikat mestilah diselesaikan sepenuhnya. Keterhutangan ini tidak termasuk liabiliti yang ditanggung oleh syarikat itu sebelum ia ditutup. Pelikuidasi mesti memastikan bahawa semua liabiliti itu diselesaikan sebelum permohonan untuk pemotongan dibuat.


Sesebuah syarikat yang telah dibatalkan dari Daftar disifatkan telah dibubarkan setelah notis pembatalan nama dikeluarkan dalam Warta Kerajaan.

Berdasarkan maklumat di atas, jelas menyatakan pihak saudara/ri harus menyelesaikan hutang-hutang syarikat terlebih dahulu sebelum membatalkan nama syarikat saudara/ri

Apakah itu "Winding up"??

Winding up’ adalah merupakan suatu proses dimana sesebuah Syarikat akan dibubarkan atau digulungkan samaada melalui perintah mahkamah atau secara sukarela. Dalam proses ini, semua aset atau harta benda Syarikat akan dijual, dan digunakan untuk menyelesaikan segala hutang- piutang Syarikat. Lebihan daripada pembayaran kos serta perbelanjaan penggulungan tersebut akan diagihkan kepada pemegang-pemegang saham mengikut hak dan kepentingan masing-masing.

Winding up’ terbahagi kepada dua iaitu:

a)    Melalui Mahkamah
Penggulungan ini juga dikenali sebagai penggulungan secara secara paksa yang diberikan oleh mahkamah atas petisyen atau tuntutan yang dibuat oleh orang yang berhak menfailkan petisyen penggulungan ini seperti ahli Syarikat (pemegang saham), pihak Pelikuidasi (liquidator), pemiutang, penyumbang, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industry atau Bank Negara.

b)    Secara sukarela
i.    Penggulungan sukarela oleh ahli pemegang saham melalui resolusi khas.
Berlaku apabila Pengarah Syarikat berpendapat bahawa Syarikat berupaya membayar hutang Syarikat dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh permulaan penggulungan dengan membuat pengisytiharan solvensi (Seksyen 257 Akta Syarikat 1965).

ii.    Penggulungan sukarela oleh pemiutang Syarikat melalui resolusi khas dalam mesyuarat di antara pemegang saham dan pemiutang.

Sekiranya di dapati Syarikat gagal untuk melangsaikan hutang, maka penggulungan akan menjadi  penggulungan sukarela oleh pemiutang. Di dalam mesyuarat pemiutang, likuidasi akan dilantik bagi menguruskan penggulungan Syarikat.

Kebiasaannya penggulungan Syarikat secara sukarela adalah lebih menyenangkan dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Setelah penggulungan Syarikat bermula, pengarah Syarikat tidak lagi mempunyai kuasa ke atas Syarikat kerana segala urusan hal ehwal Syarkat akan diambil alih oleh pelikuidasi.

Pembatalan Nama Syarikat – Seksyen 308 Akta Syarikat 1965

Sekiranya Syarikat Tuan tidak mempunyai apa-apa hutang, terdapat satu lagi cara bagi membatalkan nama Syarikat iaitu melalui pembatalan nama Syarikat di SSM atau lebih dikenali juga sebagai ‘Strike Off’. Proses ini dilakukan menggunakan budi bicara dengan pihak Pendaftar (Registrar) untuk memotong atau membatalkan nama sesebuah Syarikat sekiranya Syarikat adalah dorman (tidak menjalankan perniagaan) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Seksyen 308 (1) dan (3) Akta syarikat 1965.

Proses ini hanya memerlukan:
o    Akaun pengurusan terkini Syarikat
o    Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)
o    Resolusi pemegang saham
o    Yuran bagi pembatalan nama di SSM

Proses ini agak mudah dan cepat kerana peraturannya yang tidak membebankan dan boleh dilakukan bagi Syarikat yang tidak aktif sahaja.

Bayaran & denda penubuhan syarikat

 Perbezaan Dan Perbandingan Pendaftaran Perniagaan Dan Penubuhan Syarikat Dalam Perniagaan
 
Modal Dibenar, Berbayar Dan Panduan Membuat Pindaan

Modal Dibenar
Iaitu modal syarikat memberitahu kepada Pendaftar Syarikat atas angka maksimum bermakna modal berbayar kita tidak boleh melebihi modal yang dibenarkan untuk dilabur di dalam syarikat.
 
Modal Berbayar
Setiap sen pemegang saham laburkan terus dimasukkan ke dalam bank tetapi modal berbayar boleh juga menggunakan harta seseorang yang dipinjamkan oleh haknya pada syarikat.
Misalnya :
Seseorang pengarah memasukkan duit RM50,000 (tunai) untuk modal. Seorang lagi melaburkan harta 1 ekar tanah dengan harga 50,000 ke dalam syarikat itu dan memindah milik hak tanah itu kepada hak syarikat atau juga perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh seseorang pengarah atau pemodal saham atau seseorang individu itu dipermodalkan iaitu diiktirafkan kepada modal.

Denda-Denda Pendaftar Syarikat (ROC)
Mengikut pengalaman dan kes-kes yang telah dicatatkan di Pendaftar Syarikat ataupun di mahkaman, kebanyakkannya ialah dari golongan berikut :
  • Lewat mengfailkan Akaun Tahunan
  • Lewat mengfailkan Penyata Tahunan
  • Lewat mengfailkan Pertukaran Pengarah dan Setiausaha;
  • Lewat mengfailkan peningkatan modal berbayar dan modal dibenar dan
  • Lewat mengfailkan borang 49 pengarah utama, syer utama dan pejabat berdaftar.
Denda-Denda Oleh ROC Yang Wajib Diketahui Oleh Semua-Semua Pengarah
 
  • Prosedur mengenai mengfailkan dokumen-dokumen kepada Pendaftar Syarikat.
Semua dokumen-dokumen mestilah difailkan kepada Pendaftar dalam tempoh yang ditentukan oleh Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat. Contohnya :
    • Penyata Tahunan mestilah difailkan dalam tempoh 1 bulan melainkan "registered branch" syarikat tersebut adalah di luar Malaysia yang mana penyata Tahunan mestilah difailkan dalam tempoh 2 bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
    • Borang 28 adalah borang mengenai penambahan modal yang dibenarkan mestilah difailkan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat EGM.
    • Borang 49 adalah borang mengandung butir-butir pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat tersebut yang mana mesti difailkan dalam tempoh 1 bulan dari perlantikan seseorang pengarah atau pengurus atau setiausaha syarikat itu.
    • Penyata Kewangan mestilah difailkan dalam tempoh 6 bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
Jikalau borang-borang tersebut tidak difailkan dalam masa yang diberikan di bawah Akta Syarikat, denda atas lewat menyerah borang akan dikenakan oleh Pendaftar Syarikat kepada sesebuah syarikat tersebut.
  • Jika borang-borang itu difailkan dalam tempoh 14 hari selepas tempoh yang ditetapkan.
Jumlah lewat mengfailkan dokumen adalah RM25.00 yang akan dikenakan semasa mengfailkan dokumen itu kepada Pendaftar Syarikat.
  • Jika dokumen itu difailkan selepas 14 hari dari tempoh yang ditetapkan.
Jumlah yang dikenakan atas lewat mengfailkan dokumen RM50.00 semasa mengfailkan dokumen itu kepada Pendaftar Syarikat.
Selain daripada itu, denda di bawah kesalahan Akta Syarikat juga akan dikenakan ke atas borang/dokumen itu selepas borang/dokumen tersebut difailkan kepada Pendaftar Syarikat dan satu surat notis pembayaran akan dikeluarkan.

Pendaftaran Perniagaan



PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Pendaftaran Perniagaan Perseorangan Dan Perkongsian

Undang-undang kerajaan Malaysia, memerlukan usahawan mendaftar perniagaan mereka mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) bagi perniagaan perseorangan dan perniagaan berkongsi, kecuali
  • Penjaja kecil-kecilan seperti pasar malam, atau perniagaan bersabit dengan pelancongan atau perniagaan perkhidmatan yang diberi kuasa pada setengah-setengah agensi kerajaan.
  • Syarikat yang telah berdaftar dengan pendaftaran syarikat.
  • Perniagaan yang berbentuk perkhidmatan profesional seperti Jurutera, Arkitek, Peguam dan Akauntan.
Usahawan perlu memohon untuk pendaftaran perniagaan perseorangan dengan mengisi borang dan menghantarkannya pada Pejabat Pendaftaran Perniagaan yang berdekatan dengan tempat atau alamat melakukan perniagaan. Borang-borang yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran.

PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERSEORANGAN DAN PERKONGSIAN
Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad
 
Penubuhan syarikat sendirian berhad adalah mengikut akta syarikat 1965. Pertama, memohon cadangan nama syarikat untuk diluluskan oleh pendaftar syarikat. Permohonan ini memerlukan bayaran RM10 (Borang 13A) bagi memproses nama yang dikehendaki. Apabila nama yang dicadangkan telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat, satu lagi permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang untuk menentukan bahawa nama itu tidak boleh digunakan oleh orang lain. Simpanan nama hanya dalam tempoh dua bulan.
Selain dari tindakan pertama di atas, syarat-syarat lain juga diperlukan untuk pemerosesan penubuhan syarikat. Semua dokumen atau borang mesti diserahkan kepada Pendaftar Syarikat, yang kebiasaannya berada di semua ibu negeri. Dokumen yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
 
  • Memorandum dan Undang-Undang Persatuan.
    • Dokumen yang menjelaskan nama, tarikh pendaftaran, jumlah saham, modal yang dibenarkan . Cara pentadbiran hal ehwal syarikat , jenis perniagaan dan butir lain berkenaan syarikat.
  • Borang 6 - Status Pematuhan Syarat
  • Borang 7 - Sijil Pengenalan Pengarah
  • Borang 45 - Persetujuan status menjadi Pengarah
Selepas mendapat kelulusan iaitu sijil penubuhan dari Jabatan Pendaftaran Syarikat, borang-borang dan maklumat-maklumat berikut perlu diserahkan untuk pemerosesan lanjutan dalam tempoh satu bulan.
  • Borang 49 - Butir-butir pengarah, pengurus dan setiausaha.
  • Borang 44 - Butir-butir pejabat berdaftar syarikat.
  • Borang 24 - Penyata Pengeluaran Saham.
Sebagaimana yang telah dibincangkan, bahawa penubuhan syarikat sendirian berhad agak rumit dan memerlukan syarat-syarat yang banyak. Oleh itu, bagi sesiapa yang kurang pengetahuan dan kurang pengalaman dalam perniagaan, lebih memadai dengan perniagaan perseorangan atau berkongsi, tetapi, jika sanggup mengeluarkan wang sedikit, maka boleh mereka menggunakan perkhidmatan dari Setiausaha Syarikat untuk penubuhan yang lebih mudah.


 
PENDAFTARAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
 
TATACARA MENDAFTAR SYARIKAT
CARIAN NAMA SYARIKAT
BORANG 13A
NAMA DILULUSKAN
(Jika tidak diluluskan cari nama lain)
(Tempoh tamat mendaftar selama 3 bulan)
FAILKAN DOKUMEN-DOKUMEN
Borang 6 - Statutory Declaration of Compliance
Borang 48A - Statutory of Declaration before incorporation
Lampiran A
Salinan surat kelulusan nama syarikat dari ROC
Memorandum and Articles of Association 
 
SIJIL PENUBUHAN SYARIKAT DIKELUARKAN OLEH ROC
BORANG 9   
 
(Tempoh memfailkan dokumen selama 1 bulan)
 
FAILKAN DOKUMEN-DOKUMEN
Borang 44 - Notice of situation of Registered Office
Borang 24 - Return of Allotment of Shares
Borang 49 - Register of Directors, Managers and Secretaries
 


BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN

Pengenalan
 
Jenis-jenis unit perniagaan dapat dibahagikan kepada :-
  • Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978).
    • Perniagaan Perseorangan (milik tunggal)
    • Perkongsian
      • perkongsian biasa
      • perkongsian berhad
  • Ditubuhkan di bawah Akta Syarikta 1965
    • Syarikat Berhad menurut saham
      • Syarikat Sendirian Berhad
      • Syarikat Awam
      • Syarikat Asing
    • Syarikat Berhad menurut jaminan
    • Syarikat Tidak Berhad
  • Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Kerajaan Negeri
 - Koperasi - Perbadanan Awam / Nasional  

 Perniagaan Perseorangan
Ciri-ciri Perniagaan Perseorangan ialah :-
  • Penubuhan dan Milikan
    • dimiliki oleh seorang individu.
    • mudah ditubuhkan dan tidak melibatkan peraturan yang banyak.
    • didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
    • modal bermula dari simpanan atau peminjaman oleh pemiliknya sahaja dan biasanya kecil atau terhad.
  • Kawalan dan Pengurusan
    • diuruskan dan dikawal oleh pemiliknya sendiri.
    • bebas membuat dasar dan keputusan
    • kejayaan perniagaan bergantung kepada dayausaha dan kebolehan pemilik sendiri dari segi mendapatkan modal dan menjalankan aktiviti pengurusan perniagaan.
  • Liabiliti
    • liabiliti yang tidak terhad (kegagalan perniagaan seperti bankrap dan sebagainya akan melibatkan harta peribadi).
    • bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua risiko perniagaannya.
    • secara undang-undang tiada perbezaan antara harta perniagaan dan harta peribadi.
  • Pembahagian Untung
    • segala keuntungan atau kerugian akan ditanggung sendiri oleh pemilik.
  • Bebanan Cukai
    • hanya dikenakan cukai pendapatan individu.
Kebaikan perniagaan perseorangan ialah :-
  • Modal yang kecil dan mudah dibentuk.
  • Mudah dikendalikan kerana saiz yang kecil dan keputusan berada dalam tangan sendiri.
  • Mempunyai dorongan untuk berjaya kerana segala keuntungan dan keputusan adalah di tangan sendiri.
  • Mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan dari segi layanan dan perkhidmatan selepas jualan.
  • Kedudukan kewangan boleh dirahsiakan.
  • Menjimatkan penggunaan buruh kerana kerja-kerja boleh dijalankan oleh ahli keluarga terdekat sebagai pembantu dalam perniagaan.
Kelemahan perniagaan perseorangan ialah :-
  • Modal yang kecil menghalang perkembangan
  • Liabiliti yang tidak terhad
  • Tiada pembahagian kerja dan pengkhususan
  • Kejayaan perniagaan adalah terlalu bergantung kepada kebolehan pemilik.
  • Perniagaan tidak berterusan kerana usia perniagaan bergantung atas usia pemilik.

Perniagaan Perkongsian
 

Ciri-ciri perniagaan perkongsian ialah :-
  • Milikan
    • perkongsian ditakrifkan sebagai perhubungan antara dua atau lebih orang yang menjalankan perniagaan bersama untuk memperolehi keuntungan.
    • bilangan rakan kongsi adalah dalam lingkungan 2 hingga 20 orang (umumnya).
    • bagi perkongsian bank atau broker saham, bilangan rakan kongsi tidak melebihi 10 orang.
    • bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profession seperti peguam dan akauntan, rakan kongsi adalah tidak melebihi 50 orang.
    • perjalanan sesebuah perkongsian adalah ditetapkan di bawah Akta Perkongsian 1961.
    • Perniagaan perkongsian juga tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  • Penubuhan
    • boleh ditubuhkan secara lisan atau tulisan.
    • biasanya membentuk satu persetujuan bersama dalam bentuk surat ikatan perkongsian yang dipanggil perjanjian perkongsian bagi mengelakkan perselisihan.
    • kandungan perjanjian termasuklah nama firma, nama kesemua rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian keuntungan/kerugian, peruntukan hak dan tanggungjawab rakan kongsi, cara menjalankan perniagaan dan bagaimana perkongsian akan ditamatkan.
    • satu perkongsian boleh wujud tanpa perjanjian tetapi ianya adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam Akta Perkongsian 1961.
  • Akta Perkongsian 1961 mengandungi perkara-perkara berikut :-
    • untung rugi dibahagikan sama rata.
    • tiada bunga bagi modal yang dilaburkan.
    • tiada gaji untuk rakan-rakan kongsi.
    • pinjaman oleh rakan-rakan kongsi kepada perniagaan akan diberikan bunga 5% setahun.
Jenis-Jenis Perniagaan Perkongsian
  • Terdapat dua jenis perkongsian :-
    • perkongsian biasa
    • perkongsian berhad
  • Dalam perkongsian biasa, kesemua rakan kongsi adalah rakan kongsi biasa di mana mempunyai liabiliti yang tidak terhad, kuasa dan tanggungjawab yang sama serta berhak menguruskan perniagaan.

  •  
  • Dalam perkongsian berhad, rakan-rakan kongsi adalah mempunyai liabiliti yang terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan dan tidak mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam perkongsian ini, mesti ada sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab terhadap pengurusan perniagaan.
Jenis-Jenis Rakan Kongsi
  • Rakan Kongsi Aktif
    • mengambil bahagian yang aktif dalam pengurusan dan biasanya dibayar gaji.
  • Rakan Kongsi Lelap
    • hanya menyumbangkan modal dan tidak mengambil bahagian di dalam pengurusan perniagaan.
  • Rakan Kongsi Nominal (Namaan)
    • membenarkan namanya digunakan di dalam perniagaan sebagai rakan kongsi tanpa melaburkan modal. Ia tidak menerima pembahagian keuntungan tetapi liabilitinya adalah tidak terhad (kerana namanya didaftarkan sebagai rakan kongsi).
  • Rakan Kongsi Berhad
    • mempunyai liabiliti terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tidak ada kuasa pengurusan tetapi boleh memeriksa buku-buku rekod dan akaun perniagaan.
Sebab-sebab Perniagaan Perkongsian Dibubarkan Sesuatu perkongsian boleh dibubarkan kerana salah satu sebab yang berikut :
    • Kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman salah seorang pekongsi.
    • Tercapainya tujuan penubuhan perkongsian itu.
    • Berakhirnya tempoh masa perkongsian.
    • Tercetus peperangan.
    • Sebagai akibat tindakan guaman atau dengan perintah mahkamah untuk membubarkannya.
Kebaikan Perniagaan Perkongsian ialah :-
  • Lebih modal dapat dikumpulkan.
  • Dapat menggunakan kepakaran dari rakan-rakan kongsi yang berkemungkinan mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berlainan.
  • Pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan kepakaran tersendiri dari rakan-rakan kongsi.
  • Risiko perniagaan dapat disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.
  • Persaingan dapat dikurangkan melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan untuk persaingan dapat diagihkan bagi meningkatkan jualan dan memperkembangkan perniagaan.
  • Perkongsian masih lagi mudah untuk ditubuhkan berbanding penubuhan syarikat atau koperasi. Ianya hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
Kelemahan Perniagaan Perkongsian


  • Berlaku salah faham atau perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan menjejaskan rancangan dan perjalanan perniagaan serta boleh membawa kepada pembubaran perkongsian.
  • Liabiliti yang biasanya tidak terhad akan menyebabkan individu / rakan kongsi kehilangan harta persendirian jika perniagaan menghadapi masalah dalam pembayaran balik hutang piutangnya.
  • Kesilapan dari seorang rakan kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang lain. Ini kerana setiap rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap perkongsiannya. Segala kerugian akan ditanggung bersama walaupun diakibatkan oleh hanya seorang rakan kongsi.
  • Perniagaan perkongsian adalah tidak berkekalan. Jika seorang rakan kongsi menjadi tidak siuman, bankrap atau mati, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan.
  • Pengumpulan modal adalah masih terhad dalam lingkungan maksimanya 20 orang sahaja. Maka perkembangan perniagaan adalah bergantung kepada sumber modal yang terhad ini.  


Syarikat

Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 adalah merupakan badan korporat yang mempunyai entiti tersendiri di sisi undang-undang. Ciri-ciri syarikat ialah :-
  • Hak dan Tanggungjawab
    • mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri (berasingan dari pemiliknya/ pemegang saham).
    • boleh memiliki harta sendiri
    • boleh mendakwa dan didakwa
    • bertindak (pengurusan) menerusi pengurus-pengurus yang digajikan oleh syarikat.
  • Jangka Hayat
    • tidak bergantung kepada hayat pemilik atau pemegang sahamnya.
    • mempunyai jangka hayat yang berterusan selagi tidak dibubarkan oleh pemilik/ pemegang saham atau oleh undang-undang.
  • Tanggungan
    • tanggungan oleh pemilik adalah terhad kepada jumlah sumbangan saham.
  • Ahli-ahli
    • mestilah sekurang-kurangnya mempunyai dua orang ahli yang mempunyai alamat bermastautin di Malaysia.
Jenis-Jenis Syarikat
  • Syarikat Berhad Menurut Saham
    • tanggungan ahli-ahli terhad mengikut jumlah yang belum dibayar ke atas saham yang dimilikinya.
  • Syarikat Berhad Menurut Jaminan
    • tanggungan ahli-ahli adalah terhad mengikut jumlah yang dipersetujui oleh ahli-ahli di dalam Tataujud dan Tataurus Syarikat.
  • Syarikat Tidak Berhad (tidak terhad; contoh broker saham dan arkitek)
Kategori Syarikat Berhad Menurut Saham Syarikat bentuk ini mempunyai modal saham dan ianya boleh dikategorikan kepada :-
  • Syarikat Sendirian Berhad (Private Company)
  • Syarikat Awam (Public Company) - tidak dibincangkan
  • Syarikat Asing (Foreign Company) - tidak dibincangkan
Jenis-Jenis Syarikat
 
Syarikat Sendirian Berhad
Ciri-ciri syarikat sendirian berhad ialah :-
  • Bilangan ahli/pemegang saham mestilah sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak boleh melebihi 50 orang pada satu-satu masa.
  • Ada kuasa tertentu untuk memindahkan milik saham ahli-ahli.
  • Pelawaan pembelian saham atau debentur tidak boleh dilakukan kepada orang ramai.
  • Tidak boleh mempelawa orang ramai untuk mendepositkan wang.

Halangan-halangan ini adalah telah diperuntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1965 dan mesti dinyatakan di dalam Tataurus Syarikat.
  • Mesti menggunakan perkataan "Sdn. Bhd." atau "Sendirian Berhad" di penghujung nama perniagaanya.
Kehendak-kehendak Wajib bagi syarikat sendirian berhad ialah :-
  • Tataujud Syarikat (Memorandum of Association)
  • Tataurusan Syarikat (Articles of Association)
  • Modal Saham
    • yang dibenarkan
    • yang berbayar
  • Ahli/Pemegang Saham
  • Lembaga Pengarah
  • Setiausaha
  • Juruaudit
  • Pejabat yang didaftarkan
  • Materi Syarikat
  • Power of Attorney (Surat Kuasa)
Kelebihan syarikat sendirian berhad ialah :-
  • Mudah mendapatkan modal melalui penukaran hak milik saham.
  • Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  • Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan perniagaan.
  • Tanggungjawab pemilik/pemegang saham adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  • Hayat syarikat terjamin kerana syarikat tidak perlu dibubarkan oleh sebab kematian atau penarikan diri seorang pemegang saham.
  • Potensi mengembangkan perniagaan adalah luas.
  • Syarikat adalah satu entiti yang berasingan dan oleh itu ia boleh didakwa dan mendakwa di atas namanya sendiri.
Kelemahan syarikat sendirian berhad ialah :
  • Perjalanan operasi adalah dalam kawalan pendaftar syarikat.
  • Saham syarikat tidak boleh dijual beli melalui pasaran saham.
  • Berbagai jenis cukai terpaksa dibayar.
  • Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.
bizmanagement4u