Sunday, 14 April 2013

Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

Sejak manusia mengenali emas ia telah menjadi simbol kekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan. Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat cantik dan lembut. Ini membolehkan manusia membentuk emas menjadi objek-objek perhiasan yang cantik. Manusia meletakkan nilai yang tinggi terhadap emas kerana:
1. Warna emas yang sangat menarik.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.
4. Ia sukar diperolehi.


Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. 6000 tahun yang lalu sesiapa yang memiliki banyak emas maka dia dianggap kaya. Apa yang menarik, jika seseorang manusia memiliki banyak emas sekarang, maka dia juga dianggap kaya. 


Emas mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk , tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan.

Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sehingga hari ini manusia emas sebagai benda yang berharga, Dengan kata lain emas bernilai untuk selama-lamanya. Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Dengan emas anda akan kaya, kekal kaya untuk selama-lamanya.

Fakta menarik: Tahukah anda emas itu bernilai untuk selama-lamanya? Tahukah anda emas bernilai untuk selama-lamanya? Anda boleh lihat fakta ini di dalam Al- Quran, surah Al-haj ayat 23. Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai perhiasan kepada penghuni syurga.

Dengan kata lain Allah SWT pun memilih emas sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak. Itulah kehebatan emas