Tahukah anda untuk melancar sesuatu produk baru, ada cara dan teknik tersendiri?
Kita mungkin pernah dengan soft selling,
pre launch dan launch…itu adalah sebahagian dari beberapa teknik untuk
menguar-uarkan kehadiran produk mereka di pasaran!
Jika pelancaran pun
slow, sambutan mungkin tidak sehebat mana. Mereka memerlukan pelbagai
teknik dan strategi pelancaran agar orang ramai mengetahui kehadiran
produk mereka. Akhirnya produk mereka meletup-letup!
Kesimpulannya, anda memerlukan kepada
strategi dan teknik yang betul untuk melancarkan sesuatu produk agar
produk anda tersebut mendapat sambutan yang sepatutnya dari orang ramai.
CONTOH KAJIAN ASPEK PASARAN
Pasaran Sasaran
Pasaran sasaran penduduk di sekitar Kota Bharu iaitu
golongan wanita dan lelaki yang berumur antara 18-50thn. Ia terdiri daripada
kakitangan sektor kerajaan, swasta dan perindustrian. Dianggarkan penduduk di
kawasan ini seramai 30 000 orang manakala golongan wanita dan lelaki yang
berumur antara 18-50thn adalah sebanyak 40%.
Kumpulan sasaran = 30.000 @ 40%
=
12,000 orang
Saiz Pasaran
Bagi menentukan saiz pasaran, menganggarkan penduduk di Kota
Bharu ialah seramai 30 000 orang. Setiap pelanggan akan membelanjakan
sebanyak RM 50.00 sebulan untuk
keperluan pakaian. Hanya 40% sahaja penduduk di atas tinggal di kawasan
berhampiran dengan lokasi perniagaan pemilik.
Saiz Pasaran =
12,000 @ RM 50.00 @ 40%
= RM 240,000.00 sebulan
Syer Pasaran
Berdasarkan anggaran saiz pasaran diatas, pemilik
mensasarkan 1% - 3% sahaja yang akan menjadi pelanggan pada setiap bulan untuk
tempoh anggaran daripada 2011 – 2013 iaitu 3 tahun. Anggaran syer pasaran
bulanan adalah seperti berikut :
Syer pasaran minimum = RM 240,000.00 @ 1%
= RM 2,400.00
Syer pasaran maksimum = RM 200,000.00 @ 3%
= RM 7,200.00
Strategi Pemasaran
Promosi
-Membuat majlis pembukaan untuk pemberitahuan kepada
pelanggan tetap, penduduk setempat dan
kawan-kawan
-Menjual ‘privileges card’ kepada para tetamu yang hadir
pada majlis pembukaan dengan harga RM199.00/setahun (psikologi). Keistimewaannya pemegang
kad tersebut akan mendapat potongan harga 20% - 30% pada setiap produk yang
dijual di premis, solekan siang/malam percuma sebanyak dua kali daripada salah
satu pada hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan, pertunangan, hari
kekasih atau makan malam dan percuma tempahan sepasang baju kurung biasa pada
hari lahir pemegang kad.
-Membuka kiosk di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant,
Tesco, Carrefour supaya dapat memperkenalkan PRODUK BARU kepada pelanggan baru
di merata tempat.
- Lokasi; PRODUK BARU terletak di dalam pusat membeli-belah iaitu
kawasan yang strategik untuk menarik pelanggan datang berkunjung. Manakala
deretan rumah kedai, kawasan perumahan,
sektor swasta, kerajaan dan perindustrian turut membantu meningkatkan lagi
jualan PRODUK BARU. Ia juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi.
Harga
-Penetapan harga yang diletakan ke atas produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ianya
berkonsepkan ‘price follower’ iaitu mengikut kadar pasaran dan pesaing-pesaing
yang lain.
Produk
-Produk dan perkhidmatan yang dihasilkan adalah berkualiti
dan bermutu. Ini kerana perniagaan ini mengikuti perubahan fesyen dan teknologi
terkini setara dengan kehendak pelanggan masa kini. Produk dan perkhidmatan
hendaklah sentiasa kekal kompetitif supaya diterima pelanggan.
No comments:
Post a Comment