Antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pemilik syarikat tanpa disedari ialah :
1)
Tidak Mengadakan Mesyuarat Agung tahunan : Adalah wajib untuk untuk
syarikat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) sekali bagi setiap
tahun. Seksyen 143(1).
Punca: Lalai, tidak tahu, tiada lapuran Kewangan dan syarikat dorman atau tidak aktif.
Hukuman : Setiap syarikat dan pegawai syarikat boleh didenda RM 5,000.00.
2)
Syarikat diwajibkan untuk menyediakan penyata tahunan yang dibuat pada
tarikh MAT diadakan. Penyata tahunan yang telah disiapkan hendaklah
ditandatangani oleh pengurus dan setiausaha syarikat dan diserahkan
kepada SSM. Serahan hendaklah dibuat bersama akaun yang telah diaudit. Seksyen 165(1)
Punca : MAT tidak diadakan, Laporan Audit kewangan tiada.
Hukuman : Denda tidak melebihi RM2,000.00.
3)
Penyimpanan semua rekod perakaunan, seperti resit, inbois, cek, nota
perjanjian dll. yang bersangkutan untuk menerangkan kaedah pengiraan
laporan kewangan dan laporan audit. Seksyen 4.
Punca: Lalai, cuai
Hukuman : Penjara 5 tahun dan denda sehingga RM 30,000.00
4) Membentangkan Laporan akuan yang telah diaudit dalam MAT. Seksyen 169(1)(3)(5).
Punca : Tiada Laporan kewangan dicatatkan
Hukuman : Penjara 5 tahun dan denda sehingga RM 30,000.00.
5)
Penyata Palsu dan Mengelirukan : Dilarang menyediakan maklumat palsu dan
mengelirukan dalam dokumen yang dikehendaki atau bagi pematuha akta
syarikat. Seksyen 364(2).
Punca: Lari dari membayar cukai, Menipu
Hukuman : Penjara 10 tahun dan denda sehingga RM 250,000.00.
Ada
banyak lagi kesalahan utama yang sering dilakukan seperti tidak membayar
EPF, Hutang Piutang, Bankrup, Rasuah dan Jenayah kolar putih yang boleh
mengakibatkan pengarah didenda, dipenjara malah disebat dibawah
kesalahan "CBT". Harus
diingatkan bahawa semua lembaga pengarah, termasuk pengarah nominee atau
disebut proxi malah pengarah “sleeping partner” juga akan dikenakan
tindakan walaupun, dia tidak bersangkutan dengan kuasa kelulusan, jadi
berhati-hatilah barang siapa yang sanggup menawarkan diri sebagai
pengarah syarikat.
Bagi
Syarikat yang tidak aktif atau dorman, maka haruslah pengarah-pengarah
itu menutup syarikat tersebut, kerana selagi syarikat itu berdaftar di
SSM maka ia tertakluk kepada akta syarikat. Ingatlah untuk membuka
syarikat memang mudah hanya beri duit RM 2500.00 maka kita akan dapat
sebuah syarikat, tetapi harus diingat bahawa penyediaan kos wajib adalah
lebih kurang sebanyak RM6,000.00 harus diperuntukkan untuk pembayaran
kos mesyuarat, penyata dan pengauditan sahaja. Malah ketahuilah untuk
menutup sebuah syarikat Sdn. Bhd. Memerlukan kita mengorbankan kos lebih
kurang RM 15,000.00 hingga ke RM 20,000.00, tidak termasuk kos
pelupusan liabiliti seperti hutang piutang(amat mahal jika dibandingkan
dengan kos untuk membuka sebuah syarikat).
Salah
satu peringatan yang telah diberikan oleh SSM ialah, tolong periksa
lesen "Setiausaha Syarikat" anda, kerana perangkaan oleh pihak SSM
menunjukkan rata-rata lesen mereka ini telah mati dan tidak diiktiraf
lagi....!!!! apatah lagi pihak SSM sekarang ini sedang berura-ura untuk
mewajibkan sebuah syarikat untuk mempunyai Setiusaha syarikat.
No comments:
Post a Comment