1. Kurangkan makan di luar
Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3x kos menyediakan makan sendiri di rumah. Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat sebagai contoh sebelum keluar rumah, makan siap2 supaya kita tidak perlu makan di luar.Selain daripada itu, amalkan membawa bekal makanan ke pejabat kerana ia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan. Saya pernah melakukan ini semasa saya bekerja dan terbukti saya boleh rasakan lebihan kewangan yang saya ada sehingga hujung bulan. Kalau sehari RM5 makan, 20 hari bekerja sebulan, bermakna dalam RM100 dapat dijimatkan.
Ada lagi satu tip yang saya sedang praktikkan sekarang iaitu tidak makan apabila tiba waktu makan tengah hari. Biasanya saya hanya makan sarapan di rumah, kemudian balik petang saya akan terus makan malam awal seawal sebelum maghrib dan selewat lepas maghrib. Sebenarnya tip ini saya lakukan bukan semata-mata untuk berjimat belanja, tapi sebenarnya saya sedang berusaha menurunkan berat badan. Ternyata usaha saya berhasil dengan baik. Alhamdulillah.
2. Membuat catatan dan merancang pembelian
Tip ini adalah saranan dari Mekanik Wang Abang Abu. Saya pernah mengamalkan tip ini semasa saya berada di sekolah menengah rendah dahulu walaupun sudah agak lama, tapi masih segar di ingatan saya apabila setiap hari saya mencatat perbelanjaan harian saya, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Dengan tidak semena-mena, kaedah ini telah mengawal perbelanjaan harian saya. Sebenarnya konsep ini lebih kepada muhasabah diri. Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, kita akan berazam dan cuba perbaiki sikap berbelanja kita secara tidak lansung ia menjadi tabiat kita yang baik dalam berbelanja.3. Perbelanjaan = pendapatan - simpanan
Tip ini disaran oleh ajen pelaburan saya mengenai pengurusan kewangan. Mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya kebanyakan kita menggunakan kaedah yang salah dalam pengurusan kewangan iaitu simpanan = pendapatan - perbelanjaan. Cara ini menyebabkan kita meletakkan simpanan itu berada di keutamaan yang paling belakang. Seharusnya kita perlu mengubah cara kita berfikir dalam mengurus kewangan kita supaya kita tidak dibelenggu dan dijerut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Oleh itu perkara yang pertama kita perlu buat apabila kita memperoleh pendapatan, tetapkan satu jumlah dari pendapatan tersebut sebagai simpanan. Seranan yang popular ialah 10% manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan. Pastikan kita menyimpan di dalam institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit sebagai contoh Tabung Haji. Walaupun sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak tapi kadang-kadang.4. Menjaga harta dengan baik
Saya mendapat tip ini semasa saya habis sekolah tingkatan 5 pada waktu itu saya bekerja menolong atuk saudara dalam industri perikanan air tawar. Datuk saudara saya ini orang yang berada. Saya masih ingat ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga saya pada waktu itu bilamana saya tidak menjaga semua barang-barang dengan baik dan ambil sikap mudah dalam menggunakan setiap mesin rumput, mesin pemotong kayu dengan cara yang kasar tanpa memikirkan akibat ia kemungkinan akan rosak. Satu ayat yang masuk dalam kepala otak saya hingga sekarang di mana datuk saudara saya memarahi saya "orang tak pandai jaga harta akan papa (miskin)". Mulanya saya tak ambil kisah tapi lama kelamaan ayat itu semakin relevan.Dikuatkan lagi saranan dari Mekanik Wang Abang Abu, memang betul apa yang diperkatakan. Kita ambil contoh satu senario di mana kasut sekiranya digosok dan polish setiap kali lepas pakai, ia akan bertahan lebih lama dan tak mudah rosak, tapi sekiranya kita tidak pernah ambil kisah untuk polish kasut tersebut, jangka hayatnya akan menjadi lebih pendek dan akibatnya kita terpaksa membeli kasut baru yang sudah pasti memerlukan kita mengeluarkan wang. Mungkin contoh yang lebih relevan ialah cara kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri. Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan(minta dijauhkan) dan paling tidak, tayar kereta akan cepat habis termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya. Tahukah anda, panduan yang lebih laju untuk jarak yang sama sebenarnya menggunakan lebih bahan api?
5. Elak menggunakan kad kredit semasa berbelanja
Pada beberapa tahun yang sudah, saya selalu membeli menggunakan kad kredit untuk barang keperluan rumah. Akibatnya perbelanjaan saya selalu terlebih. Banyak barang yang tidak penting dibeli menyebabkan keadaan kewangan agak tidak stabil. Walaupun saya tidak pernah mengamalkan penggunaan kad kredit secara berlebihan dan selalunya saya akan bayar penuh setiap bulan, tetapi dengan menggunakan kad kredit, boleh menyebabkan kita tidak menghadkan tahap perbelanjaan kerana mentality kita telah ditanam kad kredit ada had limit maksima dan kita masih tidak mencapai tahap itu.Selepas itu saya membuat keputusan untuk berhenti menggunakan kad kredit untuk membeli barang, sebaliknya kami sekeluarga meletakkan sebahagian peruntukan tetap untuk barang keperluan setiap bulan. Isteri saya akan membuat catatan setiap kali ingin membeli barang, kami akan berjimat menggunakan duit yang telah diperuntukkan dan mengelakkan dari terlebih belanja. Ternyata ia memang berkesan, kami boleh menjimatkan banyak perbelanjaan bulanan kami.
Ok saya rasa itu sahaja 5 tip kewangan yang mudah untuk diamalkan dan amat efektif dalam pengurusan kewangan kita.
No comments:
Post a Comment