Kebanyakan produk yang tidak berjaya adalah sebab kerana tidak membuat
kajian pasaran tentang produk yang dibuat. Ia adalah sama samada dalam
perniagaan internet atau offline. Yang membawa kejayaan adalah supply
& demand terhadap sesuatu produk.
Pastikan anda membuat kajian terdahulu. Apa yang mereka mahukan ialah FREE..FREE..& FREE. Sebelum apa apa
mereka mengelak & kalo free nak la. Mereka takut untuk mengeluarkan
modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Daripada survey yang
dibuat, kita kena suaikan kemahuan mereka iaitu FREE tetapi kalo nak
lebih kena bayar. Jadi kita ikut kemahuan pasaran kerana jika konsep
yang diketengahkan berjaya, mereka akan menukar kepada berbayar. Mereka
mahukan sesuatu yang Risk Free & tak perlu keluar duit.
Jangan salahkan orang lain jika perniagaan gagal kerana anda tidak
merancang & membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan
perniagaan. Selagi ada demand anda akan berjaya. Ia seolah olah anda
menjual air mineral di bandar yang berada di padang pasir. Mereka
mahukan air,jadi mereka akan beli dari anda. Simple je kan?
Baru ni saya ada seorang kawan yang minta tolong , katanya dia nak buat side
income dengan supply kopi pra campuran serta mengeluarkan produk kesihatan alga mekah,wakaf che yeh Kelantan. Saya pun
jawap,awak nak wat side income atau no income? Saya tanya la dia dah ada
buyer dan buat survey? Katakanya tidak. Nanti jadi la no income sebab
untuk buat trading sedemikian,kenalah mempunyai buyer terlebih dahulu
baru la boleh supply. Jika tiada buyer, anda menempah kerugian. Anda
boleh supply tapi tiada demand. Inilah kesilapan yang berlaku kepada
usahawan yang gagal dalam perniagaan mereka.
Untuk berniaga ianya mudah. Tapi untuk berjaya anda memerlukan
perancangan terlebih dahulu. Fail to plan is a plan to fail. Mungkin ada
yang mengatakan dia boleh jual aiskrim kat orang eskimo.Takde masalah
untuk jual apa pun. Namun sebanyak mana yang mampu dijual jika tiada
demand/permintaan? Anda mungkin boleh menjualnya sekali tetapi orang
takkan beli dah lain kali.
Kalo perniagaan internet kita mempunyai tools untuk mengetahui apakah
yang orang cari namun bagi perniagaan offline anda perlu survey
sendiri. Caranya anda mendekati la usahawan yang terlibat & tanya
apa yang mereka mahukan. Kemudian anda supply apa yang mereka mahukan.
Jadi anda boleh buat duit kerana permintaan dah ada. Anda hanya perlu
sediakan apa yang mereka perlukan. That’s all.
Harap post ini membantu mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan samada offline atau online.
No comments:
Post a Comment