Showing posts with label Pemasaran. Show all posts
Showing posts with label Pemasaran. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

Kajian Pasaran Sebelum Memulakan Perniagaan

Kebanyakan produk yang tidak berjaya adalah sebab kerana tidak membuat kajian pasaran tentang produk yang dibuat. Ia adalah sama samada dalam perniagaan internet atau offline. Yang membawa kejayaan adalah supply & demand terhadap sesuatu produk.

Pastikan anda membuat kajian terdahulu. Apa yang mereka mahukan ialah FREE..FREE..& FREE. Sebelum apa apa mereka mengelak & kalo free nak la. Mereka takut untuk mengeluarkan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Daripada survey yang dibuat, kita kena suaikan kemahuan mereka iaitu FREE tetapi kalo nak lebih kena bayar. Jadi kita ikut kemahuan pasaran kerana jika konsep yang diketengahkan berjaya, mereka akan menukar kepada berbayar. Mereka mahukan sesuatu yang Risk Free & tak perlu keluar duit. 

Jangan salahkan orang lain jika perniagaan gagal kerana anda tidak merancang & membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Selagi ada demand anda akan berjaya. Ia seolah olah anda menjual air mineral di bandar yang berada di padang pasir. Mereka mahukan air,jadi mereka akan beli dari anda. Simple je kan?

Baru ni saya ada seorang kawan yang minta tolong , katanya dia nak buat side income dengan supply kopi pra campuran serta mengeluarkan produk kesihatan alga mekah,wakaf che yeh Kelantan. Saya pun jawap,awak nak wat side income atau no income? Saya tanya la dia dah ada buyer dan buat survey? Katakanya tidak. Nanti jadi la no income sebab untuk buat trading sedemikian,kenalah mempunyai buyer terlebih dahulu baru la boleh supply. Jika tiada buyer, anda menempah kerugian. Anda boleh supply tapi tiada demand. Inilah kesilapan yang berlaku kepada usahawan yang gagal dalam perniagaan mereka.

Untuk berniaga ianya mudah. Tapi untuk berjaya anda memerlukan perancangan terlebih dahulu. Fail to plan is a plan to fail. Mungkin ada yang mengatakan dia boleh jual aiskrim kat orang eskimo.Takde masalah untuk jual apa pun. Namun sebanyak mana yang mampu dijual jika tiada demand/permintaan? Anda mungkin boleh menjualnya sekali tetapi orang takkan beli dah lain kali.

Kalo perniagaan internet kita mempunyai tools untuk mengetahui apakah yang orang cari namun bagi perniagaan offline anda perlu survey sendiri. Caranya anda mendekati la usahawan yang terlibat & tanya apa yang mereka mahukan. Kemudian anda supply apa yang mereka mahukan. Jadi anda boleh buat duit kerana permintaan dah ada. Anda hanya perlu sediakan apa yang mereka perlukan. That’s all.

Harap post ini membantu mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan samada offline atau online.

Sunday, 31 March 2013

Lakukan market survey!!

Sekali lagi saya nyatakan, anda wajib melakukan kaji selidik jika mahu membuat duit besar! Kebaikan melakukan Survey ialah:
  • Anda perlu melakukan kaji selidik untuk mengetahui adakah produk yang bakal anda hasilkan nanti betul-betul ada orang yang akan membeli.
  • Kaji selidik akan menentukan anda perlu atau tidak meneruskan projek yang dirancang.
  • Mengelakkan kerugian besar (masa dan kos) akibat melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan.
  • Dengan melakukan kaji selidik, anda akan tahu projek yang perlu diutamakan (sudah pasti yang bagi keuntungan).
  • Melakukan kaji selidik bermakna anda seorang usahawan yang bijak, iaitu tidak membazirkan masa dan kos dengan menjual produk yang tidak menguntungkan.
  • Memantapkan lagi usaha kaji selidik pasaran di samping melakukan teknik kajian yang lain. Sudah pasti keputusan kajian akan lebih menghampiri ketepatan.
  


Sebagai seorang usahawan, kita perlu melakukan survey terhadap pasaran terlebih dahulu sebelum memasarkan sebarang jenis produk. Tanpa mengetahui apakah permintaan pasaran, kita mungkin akan mengalami kerugian dalam memasarkan produk kerana tiada orang yang akan membeli produk yang dipasarkan.

Contoh Kes : Kegagalan Jualan Produk

Contoh Kes : Kegagalan Jualan Produk

Fairus (bukan nama sebenar) begitu teruja apabila mendengar dan melihat kejayaan orang lain berniaga di Internet. Lantas tanpa membuang masa, beliau terus membuat keputusan untuk menjual produk yang beliau rasakan amat hebat.

Produk ini beliau hasilkan sendiri dengan harapan agar dengan kehebatan produk itu, sudah pasti akan ramai yang akan membelinya nanti..

Kos yang telah beliau keluarkan untuk menjual produk tersebut ialah:
[1] Nama domain dan Hosting = RM100.00
[2] Kos upah laman web = RM450
[3] Kos penghasilan produk = TIADA (sebab produk digital)
[4] Masa penyiapan produk = 55 hari

JUMLAH KOS = RM550.00 dan 55 hari

Selepas siap produk dan laman web jualan, Fairus terus mempromosikan produk tersebut. Hari berganti hari, namun jumlah jualan yang diharapkan boleh dikira dengan jari. Jumlah pendapatan hanyalah RM65.00 sahaja dan ia jauh lagi untuk mengembalikan modal yang dikeluarkan.

Bayangkan, Fairus telah mengambil masa selama 55 hari untuk menghasilkan produk. Siang dan malam, makan minum tak terurus semata-mata mahu menyiapkan produk.

Dengan rasa putus asa, Fairus menghentikan perniagaan produk tersebut kerana teramat letih dengan usaha promosi yang dilakukan tetapi tiada pembeli yang banyak.

Nasib baiklah Fairus menghasilkan produk digital. Kiranya tak rasa sangat kerugian yang dialami. Kalaulah beliau menghasilkan produk fizikal yang menyimpan banyak stok, sudah pasti Fairus akan tertekan dan sakit tenat. :)

Apakah punca kegagalan produk Fairus ini?

Jawapannya mudah: Fairus tidak melakukan kaji selidik dahulu sebelum menentukan produk yang sesuai dipasarkan di Internet. Sebaliknya, beliau "main redah" sahaja mengikut perasaannya.

Penyelesaian: Di dalam menentukan produk apa yang perlu dijual, kita perlu melihat apa yang orang ramai mahukan. Sebaliknya, bukan apa yang kita mahu jual.

Dengan mengetahui apa yang bakal pembeli mahukan, barulah kita tahu produk apa yang perlu dijual atau yang boleh dihasilkan.

Dengan itu, barulah kos dan masa yang digunakan tidak sia-sia begitu sahaja kerana apa yang kita hasilkan adalah apa yang orang ramai mahukan.

Saturday, 30 March 2013

Nasihat Pemasaran

Mungkin nasihat yang saya beri ini anda selalu dengar yakni duit ada di dalam emel & sms tapi memang betul – kalau lagi ramai nama dan alamat emel anda ada, lagi senang anda nak jual. Sebenarnya apa yang penting ialah jumlah orang yang baca iklan anda itu. Lagi ramai orang yang berminat dengan produk itu baca, lagi banyak orang akan beli.

Asalkan anda ada cara untuk tarik orang ramai datang baca iklan anda, itu dah cukup. Asalkan ada cukup ramai orang berminat dengan produk anda dan anda tahu macam mana nak menarik mereka ke laman jualan anda, itu sudah cukup memadai.

Mungkin tidak keterlaluan kalau saya cakap anda perlu jadi ninja seperti Batman kalau nak kaya & berjaya. Anda tidak boleh cakap di hadapan orang, “hei saya ada benda yang boleh saya selesaikan masalah kamu!”

Mereka dah penat. Ramai orang cuba menjual kepada mereka sesuatu. Saya sendiri penat melayan karenah salesman daripada mengacau saya. Itulah sebabnya anda kena pandai menarik perhatian orang. Daripada anda mengejar orang ke sana ke mari, lebih baik anda menyediakan bahan yang cukup hebat sehingga mereka mahu datang kepada anda.

Idea pemasaran - Dr Azizan ; Satu analisa

10 idea pemasaran daripada Dr. Azizan:

1) Berikan jaminan wang dikembalikan: 
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka. ~

2) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. ~

3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari? ~ idea ini tersangatlah bernas dan luar biasa.

4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda. ~

5) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga: Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda. ~ dah lama fikir pasal ni, insyaAllah :)

6) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK. ~

7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda: Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”. ~

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda. ~ bagus2.

9) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma. ~ 

10) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat. ~

Strategi pemasaran : Praktikal & analisa

Tahukah anda untuk melancar sesuatu produk baru, ada cara dan teknik tersendiri?
Kita mungkin pernah dengan soft selling, pre launch dan launch…itu adalah sebahagian dari beberapa teknik untuk menguar-uarkan kehadiran produk mereka di pasaran! 

Jika pelancaran pun slow, sambutan mungkin tidak sehebat mana. Mereka memerlukan pelbagai teknik dan strategi pelancaran agar orang ramai mengetahui kehadiran produk mereka. Akhirnya produk mereka meletup-letup!

Kesimpulannya, anda memerlukan kepada strategi dan teknik yang betul untuk melancarkan sesuatu produk agar produk anda tersebut mendapat sambutan yang sepatutnya dari orang ramai.


CONTOH KAJIAN ASPEK PASARAN

Pasaran Sasaran

Pasaran sasaran penduduk di sekitar Kota Bharu iaitu golongan wanita dan lelaki yang berumur antara 18-50thn. Ia terdiri daripada kakitangan sektor kerajaan, swasta dan perindustrian. Dianggarkan penduduk di kawasan ini seramai 30 000 orang manakala golongan wanita dan lelaki yang berumur antara 18-50thn adalah sebanyak 40%. 

Kumpulan sasaran           = 30.000 @ 40%
                                      =  12,000 orang

Saiz Pasaran

Bagi menentukan saiz pasaran, menganggarkan penduduk di Kota Bharu ialah seramai 30 000 orang. Setiap pelanggan akan membelanjakan sebanyak RM 50.00 sebulan untuk keperluan pakaian. Hanya 40% sahaja penduduk di atas tinggal di kawasan berhampiran dengan lokasi perniagaan pemilik.

                Saiz  Pasaran       = 12,000 @ RM 50.00 @ 40%
                                           = RM 240,000.00 sebulan

Syer Pasaran

Berdasarkan anggaran saiz pasaran diatas, pemilik mensasarkan 1% - 3% sahaja yang akan menjadi pelanggan pada setiap bulan untuk tempoh anggaran daripada 2011 – 2013 iaitu 3 tahun. Anggaran syer pasaran bulanan adalah seperti berikut :

Syer pasaran minimum                  =             RM 240,000.00 @ 1%
                                                    =             RM 2,400.00      

Syer pasaran maksimum               =             RM 200,000.00 @ 3%
                                                    =             RM 7,200.00

Strategi Pemasaran

Promosi
-Membuat majlis pembukaan untuk pemberitahuan kepada pelanggan tetap,  penduduk setempat dan kawan-kawan
-Menjual ‘privileges card’ kepada para tetamu yang hadir pada majlis pembukaan dengan harga RM199.00/setahun (psikologi). Keistimewaannya pemegang kad tersebut akan mendapat potongan harga 20% - 30% pada setiap produk yang dijual di premis, solekan siang/malam percuma sebanyak dua kali daripada salah satu pada hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan, pertunangan, hari kekasih atau makan malam dan percuma tempahan sepasang baju kurung biasa pada hari lahir pemegang kad.
-Membuka kiosk di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Carrefour supaya dapat memperkenalkan PRODUK BARU kepada pelanggan baru di merata tempat.
- Lokasi; PRODUK BARU terletak di dalam pusat membeli-belah iaitu kawasan yang strategik untuk menarik pelanggan datang berkunjung. Manakala deretan  rumah kedai, kawasan perumahan, sektor swasta, kerajaan dan perindustrian turut membantu meningkatkan lagi jualan PRODUK BARU. Ia juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti  bas dan teksi.

Harga
-Penetapan harga yang diletakan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ianya berkonsepkan ‘price follower’ iaitu mengikut kadar pasaran dan pesaing-pesaing yang lain.

Produk
-Produk dan perkhidmatan yang dihasilkan adalah berkualiti dan bermutu. Ini kerana perniagaan ini mengikuti perubahan fesyen dan teknologi terkini setara dengan kehendak pelanggan masa kini. Produk dan perkhidmatan hendaklah sentiasa kekal kompetitif supaya diterima pelanggan.


Strategi Pemasaran Berkesan

Apakah itu pemasaran?

Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.

Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:

* Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
* Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
* Lakukan promosi dan pengiklanan – usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
* Kos efektif – kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
* Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
* Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
* Kekalkan hubungan dengan pelanggan – ingat namanya dan senyum selalu.
* Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi, demografi dan komunikasi.

sumber :usahawanbumiputera.com

Penyelidik Pasaran / Market Researcher

Pemasaran merupakan proses yangs sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Penyelidik pasaran bertanggungjawab terutamanya untuk mebuat penyelidikan dan menganalisis pasaran sesuatu produk atau perkhidmatan , mentafsir data dan membuat laporan serta cadangan berkaitan dengan pasaran sesebuah produk atau perkhidmatan dalam perniagaan.

Penyelidik pasaran juga perlu mempunyai minat yang mendalam serta tinggi keupayaan untuk meganalisa dan berfikiran kritikal serta cepat. Kemahiran komunikasi juga sangat penting dalam bidang pemasaran.

Sebagai penyelidik, anda memikul tanggungjawab besar dalam mencari, meneliti dan melaporkan keputusan yang tepat sepertimana yang anda perolehi daripada eksperimen yang anda jalankan. Dalam menjalankan kajian sudah tentu anda mengharapkan sesuatu keputusan itu seperti yang anda jangkakan namun hakikatnya, tidak semudah itu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Anda perlu cuba untuk melakukan eksperimen berulang-ulang kali dan melakukan perancangan yang rapi dalam menjalankan penyelidikan anda. Saya percaya dengan kerja keras tanpa jemu dan putus asa, pasti anda akan berjaya. Jom buat penyelidikan!

KAJIAN PEMASARAN & PROMOSI

Program Pemasaran dan Promosi mempunyai tiga aktiviti utama iaitu:

1. Aktiviti Promosi
  • Penganjuran ekspo/pameran
  • Penyertaan Ekspo Swasta/Badan Berkanun
  • Mini Ekspo
  • Flea Market
  • Pengiklanan/Media Massa/Media sosial

2. Aktiviti Pemasaran
  • Kajian Pemasaran. Bertujuan untuk menyediakan maklumat pasaran bagi menentukan saiz pameran, permintaan pengguna dan bilangan pesaing yang mengeluarkan produk yang sama.
  • Objektif Kajian Pemasaran. Mengenalpasti saiz pasaran dan permintaan pengguna. Mengenalpasti strategi/teknik pemasaran yang berkesan terhadap produk-produk baru atau sediaada.  Mengenalpasti langkah permulaan yang boleh di ambil oleh pengusaha sebelum membuat pengeluaran produk.

3. Pendidikan Pemasaran dan Promosi
  • Program ini dijalankan melalui penyertaan kursus, seminar dan konvensyen bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam pembangunan produk dan bidang pemasaran.

Friday, 29 March 2013

Pemasaran : Kesilapan dalam pengiklanan

Pemasaran : Kesilapan dalam pengiklanan (satu analisis)

Apabila para pelawat atau prospek membaca iklan anda, contohnya brochure, banner dan sebagainya…perkara pertama yang mereka fikirkan ialah: 

“Apakah produk / perkhidmatan ini boleh lakukan untuk saya?"

Jika iklan anda tidak dapat menjawab persoalan mereka, ianya akan berakhir & pergi dengan hanya begitu sahaja…mereka berlalu tanpa berbuat apa – apa!

Ramai pengiklan yang membuat kesilapan ini. Mereka terlalu memfokuskan iklan kepada diri mereka sendiri atau syarikat mereka. Berapa lama pengalaman mereka dalam bidang perniagaan, siapakah pelanggan terbesar mereka, pengalaman dan kos jutaan ringgit yang mereka laburkan untuk mencipta produk yang canggih dan macam – macam lagi.

Sebenarnya, maklumat – maklumat ini penting namun ia hanya boleh disampaikan dengan kaedah yang lain seperti ruangan testimonial ataupun diruangan latar belakang. Bagi pelawat, ini perkara kedua yang mereka ingin tahu. Yang mereka ingin tahu ialah, bolehkah produk tersebut menyelesaikan masalah mereka. Ingat, sekali mereka mengabaikan iklan anda, agak susah untuk mereka datang kembali dan anda telah pun kehilangan jualan.

Apabila menyediakan iklan, anda seharusnya membayangkan bahawa anda sedang menulis surat kepada rakan baik anda. Setiap kali menulis iklan, saya selalu membayangkan bahawa rakan saya adalah hampir sama seperti prospek atau pelawat web saya. Anggap para pelawat seperti rakan baik kita yang sebenarnya. 

Jadi, saya akan fikirkan apa yang harus saya beritahu untuk meyakinkan beliau untuk mencuba produk saya? Bagaimana saya nak mensasarkan keperluan dan kepercayaan rakan saya untuk memastikan beliau mencuba produk saya?

Ketika menulis surat kepada rakan, kita selalu membahasakan diri kita “saya” dan “saudara”. Apabila ingin meyakinkan rakan kita, kita mungkin berkata “ Saya tahu saudara sudah mencuba pelbagai cara. Namun saudara harus tahu…”

Dan ini tidak bermakna anda menulis kepada orang kedua sahaja (sahabat anda), tetapi sebenarnya anda menulis kepada semua orang. Anda memanggil semua prospek anda “saudara” dan ini lebih peribadi. Namun, ada juga jenis penulisan iklan yang menggunakan panggilan orang ketiga seperti “dia” dan “mereka”…tetap juga memberikan hasil yang memberangsangkan. Contohnya:

“Kini Anda Berpeluang Menjadi Kaya Dengan Teknik Yang Saya Tunjukkan” – iklan yang menggunakan teknik ‘orang kedua’

“Kini Mereka Telah Menjadi Kaya Dengan Teknik Yang Saya Tunjukkan” – iklan yang menggunakan teknik ‘orang ketiga’

Jadi, perkara yang paling penting ialah fokus terhadap pelawat anda, nyatakan apa yang mampu produk anda buat untuk mereka.

Prospek & kajian pemasaran

Prospek & kajian pemasaran


Lakukan Kajian Terhadap Statistik Pelanggan

Apabila kita berbicara tentang angka dan nombor, ramai yang tidak begitu mengambil berat akan hal ini. Angka dan nombor didalam perniagaan amatlah penting untuk dikaji serta dijadikan kayu pengukur. Jika anda memahami serta bijak memanipulasikan statistik angka, besar kemungkinan perniagaan anda akan terus berkembang.

Bagi perniagaan online, yang menjual melalui penggunaan surat jualan kebiasaannya akan dikenalpasti prestasinya dengan cara membandingkan jumlah pembelian dan jumlah pelawat yang datang.

Ini dikenali sebagai nisbah pertukaran (conversion rate), iaitu melihat berapa ramaikah yang membeli dari sejumlah trafik yang datang ke laman web mereka.

Jika anda melakukan pemasaran di luar sana, janganlah cuba mendesak pelanggan anda sehingga akhirnya mereka melarikan diri dari anda. Anda seharusnya berkongsi informasi dengan mereka dan bantu mereka untuk memenuhi keperluan mereka. Jangan sesekali mendesak serta memaksa mereka mendapatkan produk anda walaupun anda sedar produk anda mungkin tidak dapat membantu mereka. Ini pasti akan menimbulkan masalah buat anda di kemudian hari.

Jika prospek tersebut tidak termasuk didalam sasaran pasaran anda, biarkan sahaja. Maknanya, bilangan prospek anda mungkin sedikit tetapi ianya sangat tepat untuk berada didalam bidang sasaran pasaran anda.

Di dalam bidang perniagaan, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nasib dengan beranggapan perniagaan anda gagal kerana anda tidak dilahirkan untuk menjadi seorang peniaga.

Sebaliknya, anda harus faham bahawa setiap individu boleh dilatih untuk menjadi peniaga. Seterusnya pula, ia bergantung kepada usaha anda untuk mempelajari selok belok perniagaan disamping daya keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Jutawan yang ada sekarang ini pun, kebanyakannya bukanlah dari latar belakang keluarga yang menjalankan perniagaan.

Begitu juga halnya dalam bidang pemasaran. Ia bukan berkisar samada anda berbakat atau tidak dalam melakukan pemasaran sebaliknya ia lebih kepada teknik dan strategi yang digunapakai.

Dengan maklumat yang dikongsikan didalam blog ini, walaupun nampak ringkas tetapi saya berharap ia akan membantu anda untuk melihat dengan lebih jelas lagi tentang strategi yang betul dalam melaksanakan kempen pemasaran anda.

Semoga perniagaan anda, baik secara online ataupun offline akan berkembang dan menjadikan anda seorang jutawan nanti.