Pelaburan saham
Apa maksud pelaburan saham?
Pelaburan saham di malaysia adalah bermaksud urusniaga jual beli saham
syarikat tersenarai di pasaran saham.Dahulu pasaran saham kita dikenali
sebagai BSKL tetapi sekarang dikenali Bursa Malaysia Bhd yang lokasinya
terletak di Bukit Kewangan tidak jauh dari Menara Dataran Maybank dan
juga Pudu Sentral.
Adakah pelaburan saham ini tinggi risikonya?
Apabila anda melabur dalam pasaran saham,anda perlu tahu yang anda
adalah sebahagian dari pemilik syarikat.Keuntungan dan kerugian
pelaburan anda tertumpu lebih kepada keuntungan dan kerugian perniagaan
syarikat yang anda laburkan.Jika perniagaan syarikat semakin untung
maka saham syarikat akan semakin naik disebabkan kerana permintaan yang
semakin tinggi dari para pelabur.Harga saham akan semakin tinggi jika
pelabur sedia ada tidak menjual pegangan saham kerana inginkan dividen
yang akan dibayar hasil dari janaan keuntungan dari perniagaan syarikat
yang dilaburkan.sebaliknya jika perniagaan syarikat tidak baik.
Pelbagai kajian samaada dari sudut fundamental mahupun teknikal perlu dibuat bagi mengurangkan risiko pelaburan.
"Risiko hanya akan berlaku apabila kita tidak tahu apa kebarangkalian
yang bakal berlaku".Jika hendak dipukul ombak berumahlah ditepi
pantai,jika hendakkan salji pergilah ke negara yang ada salji bukannya
ke kawasan digurun,hatta jika hendak berniaga burger sekalipun kajian
perlu dibuat dengan berniaga di kawasan yang strategik dan menjadi
laluan utama.Jika hendak tahu kawasan mana yang hujan,pergila kawasan
bakal dilaporkan hujan.Itulah yang dimaksudkan dengan kajian berdasarkan
kebarangkalian bagi mengurangkan sebarang kemungkinan yang tidak
diingini.
Maka dengan ini,jika seseorang itu mengatakan pelaburan
saham adalah tinggi risikonya sebenarnya pelabur membuat keputusan
pelaburan hanya berdasarkan rasa dan khabar angin dan tips-tips tanpa
membuat sebarang kajian ,penelitian dan strategi pelaburan yang betul.
Apa itu saham?
Saham adalah pegangan hak milik dalam bentuk kuantiti didalam satu
syarikat tersenarai.Lagi besar kuantiti lagi berkuasa pemegang saham
dalam membuat keputusan syarikat.Kita lihat Tan Sri Syed Mokhtar
Albukhary yang memiliki kuasa mengendali sesuatu syarikat melalui jumlah
pegangan saham antaranya seperti Drb Hicom Bhd MMC Corp Bhd,Bernas
Bhd ,IJM Corp Bhd dan Pos Malaysi Bhd .Penjualan saham Khazanah(cabang
pelaburan kerajaan) didalam Proton Bhd kepada DRB-Hicom Bhd pada
tahun lepas adalah contoh bagaimana pemindahan kuasa dalam bentuk
kuantiti berlaku.Perlu difahami selepas urusniaga pembelian saham
berjumlah RM3billion ini dimuktamadkan pada tahun lepas,kereta Proton
ini hari bukan lagi dikeluarkan oleh kerajaan tetapi dikeluarkan oleh
syarikat awam milik utama Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
Bagaimana untung saham dikira?
Keuntungan saham dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu keuntungan
dari kenaikan harga saham dan keuntungan dari dividen berdasarkan kepada
prestasi syarikat yang dilaburkan.
Berapa modal untuk memulakan pelaburan?
Ini adalah antara soalan yang kerap ditanya. Modal terbahagi kepada 2 bahagian yang utama iaitu modal ilmu dan modal kewangan.
1)Yang utama ada modal ilmu pengetahuan.Ini kerana tanpa ilmu pelaburan
seperti teknik dan strategi jual beli saham bakal pelabur boleh
diibaratkan seperti masuk hutan tanpa ada arah panduan dan kompas.Ini
ditakuti bakal pelabur akan terperangkap melabur dalam saham- saham
syarikat yang tidak berkuali atau bermasalah dan akhirnya tidak menjana
apa- apa keuntungan.Oleh kerana kurangnya tumpuan kepada ilmu pelaburan
sebab itulah ramai orang yang terjebak dengan pelaburan haram skim cepat
kaya dan jika adapun yang melabur ke Bursa Malaysia terus tidak berjaya
meraih keuntungan seperti yang diidam-idamkan.
2)Selepas bakal
pelabur mempunyai asas dan mengenal strategi jual dan beli saham,modal
yang kedua adalah modal kewangan.Saya galakkan modal untuk melabur saham
bukanlah modal yang dipinjam tetapi modal hasil simpanan yang tidak
digunakan .Ini adalah sebahagian 'strategi mengawal emosi ' yang begitu
penting dalam memastikan keuntungan dalam pelaburan.
Apakah antara langkah awal sebelum memulakan pelaburan saham?
Bagi urusan jual beli saham bakal pelabur tidak berurusan terus dengan
Bursa Malaysia sebaliknya perlu membuka ' trading akaun' dan CDS dengan
broker saham terlebih dahulu dengan bayaran RM10 sahaja.Maklumat
Syarikat broker yang bertauliah boleh diperolehi di www.bursamalaysia.com.
Semasa hendak buka akaun, bakal pelabur saham boleh memilih 'dealer'
atau remiser untuk menjadi wakil niaga untuk setiap urusan jual beli
saham.
Berapa minima modal untuk pembelian saham?
Kuantiti
minimum untuk membeli saham adalah satu lot atau bersamaan dengan
100unit. Dahulu semasa zaman BSKL minimun adalah 1000 unit. Untuk
mengelakkan kekeliruan saya galakkan bakal pelabur membuat pesanan dalam
bentuk unit.
Jika saham UEMland berhad berharga RM2.00 modal minima
bakal pelabur keluarkan adalah RM200 sahaja.Bagi setiap transaksi jual
dan beli saham,pelabur akan dikenakan suatu jumlah komisyen.
Siapa itu dealer atau remiser?
Dealer dan remiser melakukan kerja yang sama iatu sebagai wakil niaga
bagi urusan jual beli saham cumanya Dealer adalah pekerja syarikat yang
dibayar gaji manakala remiser pula mendapat gaji melalui perkongsian
komisyen dengan syarikat broker saham.
Adalah melabur saham boleh kaya?
Jawapannya adalah YA! Ini kerana hampir semua orang kaya ada membuat
pelaburan.Mereka yang kaya seperti Warrent Buffet(terkaya didunia) dalam
pelaburan adalah orang yang membuat kajian dan semakkan keatas prestasi
perniagaan syarikat yang mereka laburkan.Untuk kaya dalam pelaburan
juga memerlukan kesabaran.
Oleh kerana kurangnya pendedahan
atas pengetahuan dan mekanisma pelaburan yang betul,Persatuan Pelabur
Strategik Melayu Malaysia(PPSMM) dengan kerjasama dari Dewan Perniagaan
dan Perindustrian Iskandar Malaysia dan Majlis Belia Felda Malaysia (
MBFM) akan menganjurkan Ekspo Pelaburan dan Pasaran Malaysia atau
dikenali sebagai MISEE 2013. " one stop centre" kepada semua jenis
penyedia pelaburan sah seperti unit amanah saham,koperasi ,pelaburan
dalam skim kepentingan diluluskan SSM juga syarikat tersenarai di Bursa
Malaysia.Remiser ,agen-agen pelaburan berlesen , syarikat broker saham
dengan agensi kawalan modal negara seperti Suruhanjaya Sekuriti dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan dikumpulkan dibawah satu bumbung
Persada Johor Kovensyen Centre dari 17-19 Mei 2013. hampir 15 aktiviti
sampingan berkaitan pelaburan seperti Debat Saham,penerangan Pelaburan
dalam saham terbitan baru (IPO) akan diadakan.Jangan lepaskan peluang
dan layari www.misee2013.com untuk maklumat lanjut.
Sekian..
Norizam Tukiman
Presiden PPSMM
Ketua Sekretariat,
MISEE 2013
No comments:
Post a Comment