Secara ringkasnya ini adalah 5 fasa utama yang perlu seorang usahawan
lalui dan jalani dengan penuh cabaran. Semasa menempuhi jalan-jalan ini
mereka perlulah menghadapi dengan penuh tabah dan ada ketikanya tidak
dapat menghabiskan perjalanan ini dengan sempurna. Maka ulangi fasa yang
pertama mereka mula-mula lakukan dengan rancangan yang baru. Ini adalah
perkara biasa.
Fasa 1 : Mencipta / Membeli Sistem
Ada sesetengah usahawan melahirkan syarikat itu daripada zero dan ada
juga yang membeli syarikat yang sedang beroperasi tidak kira dalam
keadaan rugi, biasa-biasa atau dalam keadaan baik. Mereka perlu
memasukkan idea-idea baru dan perancangan dalam perniagaan mereka.
Fasa 2 : Memantau Perjalanan Sistem
Dalam Fasa ini, usahawan perlu memantau segala perjalanan sekiranya
mungkin terdapat beberapa kelemahan dalam perjalanan syarikat.
Fasa 3 : Memperbaiki Sistem
Setelah mengenal pasti permasalahan, perbaiki segera sistem dalam
perniagaan syarikat itu agar dapat berjalan dengan lancar pada hari
kemudian. Ini bagi memastikan perjalanan syarikat akan memberikan
keuntungan yang maksima.
Fasa 4 : Memperolehi Keuntungan
Dan setelah bertungkus lumus memantau perjalanan syarikat, maka saat
inilah usahawan itu boleh memetik buah hasil tanaman yang telah ditanam
selama ini.
Fasa 5 : Melabur untuk membesarkan atau Mencipta Sistem yang baru
Jarang sekali usahawan yang berjaya menikmati habis-habisan
keuntungan yang didapati tanpa menyimpan untuk masa hadapan. Sebagai
strategi yang telah biasa dilakukan, usahawan biasanya akan membesarkan /
memperbaiki perjalanan syarikat ataupun mencipta sistem perniagaan baru
bagi perancangan pendapatan yang lebih besar pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment