Winding up’ adalah merupakan suatu proses dimana sesebuah Syarikat akan
dibubarkan atau digulungkan samaada melalui perintah mahkamah atau
secara sukarela. Dalam proses ini, semua aset atau harta benda Syarikat
akan dijual, dan digunakan untuk menyelesaikan segala hutang- piutang
Syarikat. Lebihan daripada pembayaran kos serta perbelanjaan
penggulungan tersebut akan diagihkan kepada pemegang-pemegang saham
mengikut hak dan kepentingan masing-masing.
‘Winding up’ terbahagi kepada dua iaitu:
a) Melalui Mahkamah
Penggulungan ini juga dikenali sebagai penggulungan secara secara paksa
yang diberikan oleh mahkamah atas petisyen atau tuntutan yang dibuat
oleh orang yang berhak menfailkan petisyen penggulungan ini seperti ahli
Syarikat (pemegang saham), pihak Pelikuidasi (liquidator), pemiutang,
penyumbang, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industry atau Bank
Negara.
b) Secara sukarela
i. Penggulungan sukarela oleh ahli pemegang saham melalui resolusi khas.
Berlaku apabila Pengarah Syarikat berpendapat bahawa Syarikat berupaya
membayar hutang Syarikat dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh
permulaan penggulungan dengan membuat pengisytiharan solvensi (Seksyen
257 Akta Syarikat 1965).
ii. Penggulungan sukarela oleh pemiutang Syarikat melalui resolusi
khas dalam mesyuarat di antara pemegang saham dan pemiutang.
Sekiranya di dapati Syarikat gagal untuk melangsaikan hutang, maka
penggulungan akan menjadi penggulungan sukarela oleh pemiutang. Di
dalam mesyuarat pemiutang, likuidasi akan dilantik bagi menguruskan
penggulungan Syarikat.
Kebiasaannya penggulungan Syarikat secara sukarela adalah lebih
menyenangkan dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Setelah penggulungan
Syarikat bermula, pengarah Syarikat tidak lagi mempunyai kuasa ke atas
Syarikat kerana segala urusan hal ehwal Syarkat akan diambil alih oleh
pelikuidasi.
Pembatalan Nama Syarikat – Seksyen 308 Akta Syarikat 1965
Sekiranya Syarikat Tuan tidak mempunyai apa-apa hutang, terdapat satu
lagi cara bagi membatalkan nama Syarikat iaitu melalui pembatalan nama
Syarikat di SSM atau lebih dikenali juga sebagai ‘Strike Off’. Proses
ini dilakukan menggunakan budi bicara dengan pihak Pendaftar (Registrar)
untuk memotong atau membatalkan nama sesebuah Syarikat sekiranya
Syarikat adalah dorman (tidak menjalankan perniagaan) mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Seksyen 308 (1) dan (3) Akta syarikat
1965.
Proses ini hanya memerlukan:
o Akaun pengurusan terkini Syarikat
o Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)
o Resolusi pemegang saham
o Yuran bagi pembatalan nama di SSM
Proses ini agak mudah dan cepat kerana peraturannya yang tidak
membebankan dan boleh dilakukan bagi Syarikat yang tidak aktif sahaja.
No comments:
Post a Comment