Sunday, 14 April 2013

Mengapakah anda perlu menyimpan emas?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas adalah
penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

Setelah mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka mudah bagi anda untuk
menyingkap rahsia pelaburan emas dan cara-cara membuat keuntungan daripadanya.

Anda perlu menyimpan emas kerana:
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
4. Aset yang terunggul.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

.

Pelaburan saham

Apa maksud pelaburan saham?

Pelaburan saham di malaysia adalah bermaksud urusniaga jual beli saham syarikat tersenarai di pasaran saham.Dahulu pasaran saham kita dikenali sebagai BSKL tetapi sekarang dikenali Bursa Malaysia Bhd yang lokasinya terletak di Bukit Kewangan tidak jauh dari Menara Dataran Maybank dan juga Pudu Sentral.


Adakah pelaburan saham ini tinggi risikonya?
Apabila anda melabur dalam pasaran saham,anda perlu tahu yang anda adalah sebahagian dari pemilik syarikat.Keuntungan dan kerugian pelaburan anda tertumpu lebih kepada keuntungan dan kerugian perniagaan syarikat yang anda laburkan.Jika perniagaan syarikat semakin untung maka saham syarikat akan semakin naik disebabkan kerana permintaan yang semakin tinggi dari para pelabur.Harga saham akan semakin tinggi jika pelabur sedia ada tidak menjual pegangan saham kerana inginkan dividen yang akan dibayar hasil dari janaan keuntungan dari perniagaan syarikat yang dilaburkan.sebaliknya jika perniagaan syarikat tidak baik.

Pelbagai kajian samaada dari sudut fundamental mahupun teknikal perlu dibuat bagi mengurangkan risiko pelaburan.
"Risiko hanya akan berlaku apabila kita tidak tahu apa kebarangkalian yang bakal berlaku".Jika hendak dipukul ombak berumahlah ditepi pantai,jika hendakkan salji pergilah ke negara yang ada salji bukannya ke kawasan digurun,hatta jika hendak berniaga burger sekalipun kajian perlu dibuat dengan berniaga di kawasan yang strategik dan menjadi laluan utama.Jika hendak tahu kawasan mana yang hujan,pergila kawasan bakal dilaporkan hujan.Itulah yang dimaksudkan dengan kajian berdasarkan kebarangkalian bagi mengurangkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Maka dengan ini,jika seseorang itu mengatakan pelaburan saham adalah tinggi risikonya sebenarnya pelabur membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkan rasa dan khabar angin dan tips-tips tanpa membuat sebarang kajian ,penelitian dan strategi pelaburan yang betul.

Apa itu saham?
Saham adalah pegangan hak milik dalam bentuk kuantiti didalam satu syarikat tersenarai.Lagi besar kuantiti lagi berkuasa pemegang saham dalam membuat keputusan syarikat.Kita lihat Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang memiliki kuasa mengendali sesuatu syarikat melalui jumlah pegangan saham antaranya seperti Drb Hicom Bhd MMC Corp Bhd,Bernas Bhd ,IJM Corp Bhd dan Pos Malaysi Bhd .Penjualan saham Khazanah(cabang pelaburan kerajaan) didalam Proton Bhd kepada DRB-Hicom Bhd pada tahun lepas adalah contoh bagaimana pemindahan kuasa dalam bentuk kuantiti berlaku.Perlu difahami selepas urusniaga pembelian saham berjumlah RM3billion ini dimuktamadkan pada tahun lepas,kereta Proton ini hari bukan lagi dikeluarkan oleh kerajaan tetapi dikeluarkan oleh syarikat awam milik utama Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Bagaimana untung saham dikira?
Keuntungan saham dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu keuntungan dari kenaikan harga saham dan keuntungan dari dividen berdasarkan kepada prestasi syarikat yang dilaburkan.


Berapa modal untuk memulakan pelaburan?
Ini adalah antara soalan yang kerap ditanya. Modal terbahagi kepada 2 bahagian yang utama iaitu modal ilmu dan modal kewangan.
1)Yang utama ada modal ilmu pengetahuan.Ini kerana tanpa ilmu pelaburan seperti teknik dan strategi jual beli saham bakal pelabur boleh diibaratkan seperti masuk hutan tanpa ada arah panduan dan kompas.Ini ditakuti bakal pelabur akan terperangkap melabur dalam saham- saham syarikat yang tidak berkuali atau bermasalah dan akhirnya tidak menjana apa- apa keuntungan.Oleh kerana kurangnya tumpuan kepada ilmu pelaburan sebab itulah ramai orang yang terjebak dengan pelaburan haram skim cepat kaya dan jika adapun yang melabur ke Bursa Malaysia terus tidak berjaya meraih keuntungan seperti yang diidam-idamkan.
2)Selepas bakal pelabur mempunyai asas dan mengenal strategi jual dan beli saham,modal yang kedua adalah modal kewangan.Saya galakkan modal untuk melabur saham bukanlah modal yang dipinjam tetapi modal hasil simpanan yang tidak digunakan .Ini adalah sebahagian 'strategi mengawal emosi ' yang begitu penting dalam memastikan keuntungan dalam pelaburan.

Apakah antara langkah awal sebelum memulakan pelaburan saham?
Bagi urusan jual beli saham bakal pelabur tidak berurusan terus dengan Bursa Malaysia sebaliknya perlu membuka ' trading akaun' dan CDS dengan broker saham terlebih dahulu dengan bayaran RM10 sahaja.Maklumat Syarikat broker yang bertauliah boleh diperolehi di www.bursamalaysia.com. Semasa hendak buka akaun, bakal pelabur saham boleh memilih 'dealer' atau remiser untuk menjadi wakil niaga untuk setiap urusan jual beli saham.

Berapa minima modal untuk pembelian saham?
Kuantiti minimum untuk membeli saham adalah satu lot atau bersamaan dengan 100unit. Dahulu semasa zaman BSKL minimun adalah 1000 unit. Untuk mengelakkan kekeliruan saya galakkan bakal pelabur membuat pesanan dalam bentuk unit.
Jika saham UEMland berhad berharga RM2.00 modal minima bakal pelabur keluarkan adalah RM200 sahaja.Bagi setiap transaksi jual dan beli saham,pelabur akan dikenakan suatu jumlah komisyen.

Siapa itu dealer atau remiser?
Dealer dan remiser melakukan kerja yang sama iatu sebagai wakil niaga bagi urusan jual beli saham cumanya Dealer adalah pekerja syarikat yang dibayar gaji manakala remiser pula mendapat gaji melalui perkongsian komisyen dengan syarikat broker saham.

Adalah melabur saham boleh kaya?
Jawapannya adalah YA! Ini kerana hampir semua orang kaya ada membuat pelaburan.Mereka yang kaya seperti Warrent Buffet(terkaya didunia) dalam pelaburan adalah orang yang membuat kajian dan semakkan keatas prestasi perniagaan syarikat yang mereka laburkan.Untuk kaya dalam pelaburan juga memerlukan kesabaran.

Oleh kerana kurangnya pendedahan atas pengetahuan dan mekanisma pelaburan yang betul,Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia(PPSMM) dengan kerjasama dari Dewan Perniagaan dan Perindustrian Iskandar Malaysia dan Majlis Belia Felda Malaysia ( MBFM) akan menganjurkan Ekspo Pelaburan dan Pasaran Malaysia atau dikenali sebagai MISEE 2013. " one stop centre" kepada semua jenis penyedia pelaburan sah seperti unit amanah saham,koperasi ,pelaburan dalam skim kepentingan diluluskan SSM juga syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.Remiser ,agen-agen pelaburan berlesen , syarikat broker saham dengan agensi kawalan modal negara seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan dikumpulkan dibawah satu bumbung Persada Johor Kovensyen Centre dari 17-19 Mei 2013. hampir 15 aktiviti sampingan berkaitan pelaburan seperti Debat Saham,penerangan Pelaburan dalam saham terbitan baru (IPO) akan diadakan.Jangan lepaskan peluang dan layari www.misee2013.com untuk maklumat lanjut.

Sekian..

Norizam Tukiman
Presiden PPSMM
Ketua Sekretariat,
MISEE 2013

Wednesday, 3 April 2013

Kitaran 5 fasa Usahawan

Secara ringkasnya ini adalah 5 fasa utama yang perlu seorang usahawan lalui dan jalani dengan penuh cabaran. Semasa menempuhi jalan-jalan ini mereka perlulah menghadapi dengan penuh tabah dan ada ketikanya tidak dapat menghabiskan perjalanan ini dengan sempurna. Maka ulangi fasa yang pertama mereka mula-mula lakukan dengan rancangan yang baru. Ini adalah perkara biasa.

Fasa 1 : Mencipta / Membeli Sistem
Ada sesetengah usahawan melahirkan syarikat itu daripada zero dan ada juga yang membeli syarikat yang sedang beroperasi tidak kira dalam keadaan rugi, biasa-biasa atau dalam keadaan baik. Mereka perlu memasukkan idea-idea baru dan perancangan dalam perniagaan mereka.

Fasa 2 : Memantau Perjalanan Sistem
Dalam Fasa ini, usahawan perlu memantau segala perjalanan sekiranya mungkin terdapat beberapa kelemahan dalam perjalanan syarikat.

Fasa 3 : Memperbaiki Sistem
Setelah mengenal pasti permasalahan, perbaiki segera sistem dalam perniagaan syarikat itu agar dapat berjalan dengan lancar pada hari kemudian. Ini bagi memastikan perjalanan syarikat akan memberikan keuntungan yang maksima.

Fasa 4 : Memperolehi Keuntungan
Dan setelah bertungkus lumus memantau perjalanan syarikat, maka saat inilah usahawan itu boleh memetik buah hasil tanaman yang telah ditanam selama ini.

Fasa 5 : Melabur untuk membesarkan atau Mencipta Sistem yang baru
Jarang sekali usahawan yang berjaya menikmati habis-habisan keuntungan yang didapati tanpa menyimpan untuk masa hadapan. Sebagai strategi yang telah biasa dilakukan, usahawan biasanya akan membesarkan / memperbaiki perjalanan syarikat ataupun mencipta sistem perniagaan baru bagi perancangan pendapatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Kajian Pasaran Sebelum Memulakan Perniagaan

Kebanyakan produk yang tidak berjaya adalah sebab kerana tidak membuat kajian pasaran tentang produk yang dibuat. Ia adalah sama samada dalam perniagaan internet atau offline. Yang membawa kejayaan adalah supply & demand terhadap sesuatu produk.

Pastikan anda membuat kajian terdahulu. Apa yang mereka mahukan ialah FREE..FREE..& FREE. Sebelum apa apa mereka mengelak & kalo free nak la. Mereka takut untuk mengeluarkan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Daripada survey yang dibuat, kita kena suaikan kemahuan mereka iaitu FREE tetapi kalo nak lebih kena bayar. Jadi kita ikut kemahuan pasaran kerana jika konsep yang diketengahkan berjaya, mereka akan menukar kepada berbayar. Mereka mahukan sesuatu yang Risk Free & tak perlu keluar duit. 

Jangan salahkan orang lain jika perniagaan gagal kerana anda tidak merancang & membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Selagi ada demand anda akan berjaya. Ia seolah olah anda menjual air mineral di bandar yang berada di padang pasir. Mereka mahukan air,jadi mereka akan beli dari anda. Simple je kan?

Baru ni saya ada seorang kawan yang minta tolong , katanya dia nak buat side income dengan supply kopi pra campuran serta mengeluarkan produk kesihatan alga mekah,wakaf che yeh Kelantan. Saya pun jawap,awak nak wat side income atau no income? Saya tanya la dia dah ada buyer dan buat survey? Katakanya tidak. Nanti jadi la no income sebab untuk buat trading sedemikian,kenalah mempunyai buyer terlebih dahulu baru la boleh supply. Jika tiada buyer, anda menempah kerugian. Anda boleh supply tapi tiada demand. Inilah kesilapan yang berlaku kepada usahawan yang gagal dalam perniagaan mereka.

Untuk berniaga ianya mudah. Tapi untuk berjaya anda memerlukan perancangan terlebih dahulu. Fail to plan is a plan to fail. Mungkin ada yang mengatakan dia boleh jual aiskrim kat orang eskimo.Takde masalah untuk jual apa pun. Namun sebanyak mana yang mampu dijual jika tiada demand/permintaan? Anda mungkin boleh menjualnya sekali tetapi orang takkan beli dah lain kali.

Kalo perniagaan internet kita mempunyai tools untuk mengetahui apakah yang orang cari namun bagi perniagaan offline anda perlu survey sendiri. Caranya anda mendekati la usahawan yang terlibat & tanya apa yang mereka mahukan. Kemudian anda supply apa yang mereka mahukan. Jadi anda boleh buat duit kerana permintaan dah ada. Anda hanya perlu sediakan apa yang mereka perlukan. That’s all.

Harap post ini membantu mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan samada offline atau online.

Maksud Ayat Qursi





MAKSUD AYAT KURSI

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

Tafsir ringkas Surah al-Ikhlas

SSurah al-Ikhlas

Surah ini mempunyai 4 ayat. Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t.
Surah ini menyamai satu pertiga al-Qur’an. (Isu/konsep Aqidah Tauhid).
Isi penting surah:
Penegasan tentang kemurnian keesaan Allah s.w.t. dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

Sebab turun ayat: Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah saw. dengan berkata: "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu." Ayat ini turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntutan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Tabrani dan Ibnu Jarir at-Tabari yang bersumber dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahwa surah ini Makkiyah. Sebahagian Ulama’ seperti Imam As-Suyuti berkata bahawa surah ini Madaniyyah sesuai dengan hadith Ibnu Abbas).


[قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ]
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

- Allah Yang Maha Esa. Tiada Tuhan melainkan Dia. Dialah Allah yang menciptakan segala-galanya. Dialah Allah yang mengatur dan menguruskan segala-galanya. Dialah Yang Maha Esa, Yang Maha Satu, Yang Maha Tunggal, hanya Dia Pemilik dan Raja ke atas segala-galanya.
 لا إله إلا الله !
- Apabila mendapat nikmat, ketahuilah segala nikmat itu adalah daripada-Nya.. Bersyukurkah kita?
- Apabila diuji, sedarlah segala ujian itu adalah ujian daripada-Nya. Ketahuilah, Dia tidak menguji kecuali dengan apa yang disanggupi hamba-Nya.. Bersabarkah kita?
- Ayat ini menyedarkan kita bahawa kita ini hamba-Nya dan Dia adalah Allah Tuhan yang Maha Esa, kita menyerahkan segala hanya kepada-Nya. Segala harapan, segala urusan, kita hanya bergantung kepada-Nya yang Maha Esa.


[اللَّهُ الصَّمَد]
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

- Segala sesuatu bergantung kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan segala sesuatu. Dialah al-Khaliq (الخالِق), dan selain daripada-Nya adalah makhluk (المخلوق).  
-Maka sebagai makhluk dan ciptaan-Nya kepada siapakah lagi yang layak untuk kita bergantung dan berharap? Hanya Dia Allah Tuhan yang Maha Pencipta! Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa-apa pun cita-cita kita, adakah kita meletakkan sepenuh harapan kita kepada-Nya? Adakah kita percaya kepada-Nya? Adakah kita reda dengan takdir dan ketetapan-Nya? Ikhlaskah kita melakukan segala-galanya demi Dia?

- Tanda Allah SWT meredhai kita adalah dengan kita meredhai segala ketetapan-Nya.. yang baik mahupun yang buruk kerana semuanya adalah ujian dalam kehidupan di dunia yang sementara. رضيت بالله ربا (Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan)
 وبالإسلام دينا(dan dengan Islam sebagai agama/jalan kehidupan)
 وبمحمد نبيا ورسولا(dan dengan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul/Utusan)


[لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ]
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan

- Ayat ini menafikan adanya Tuhan selepas Tuhan dan menafikan adanya Tuhan sebelum Tuhan, kerana Allah itu Tuhan yang Maha Esa, yang Maha Satu, yang Maha Tunggal.
- Tiada ibu bapa kepada Tuhan yang melahirkan-Nya, tiada pula anak Tuhan yang akan mewarisi, kerana Tuhan itu Maha Hidup dan tidak akan mati. Dialah Allah Yang Maha Awal dan yang Maha Akhir.
- Ayat ini membersihkan dan menyucikan sebarang keraguan dan bisikan-bisikan syaitan yang cuba meragukan manusia dengan wujudnya kemungkinan Tuhan itu beranak pinak seperti manusia dan haiwan, atau kemungkinan Tuhan itu ada ibu bapa dan keluarga.
- Ayat ini menegaskan bahawa beranak pinak dan berkeluarga itu hanyalah ciri-ciri makhluk dan Tuhan al-Khaliq (yang Maha Pencipta) tidak sama dengan makhluk-Nya.


[ ِوَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ]
4. dan tidak ada sesiapapun yang sekufu/setara dengan-Nya.

- Tiada apapun yang sebanding dan setara dengan-Nya, kerana Allah ialah Tuhan yang Maha Esa. Dia langsung tidak sama seperti makhluk ciptaan-Nya. Tiada Tuhan selain Dia.
- Tiada yang lebih Pengasih atau memiliki kasih yang sama seperti kasih-Nya.
- Tiada yang lebih berkuasa atau memiliki kuasa yang sama seperti kuasa-Nya.
- Tiada yang lebih mengetahui atau memiliki pengetahuan yang sama seperti pengetahuan-Nya.
- Tiada yang lebih Adil atau memiliki keadilan yang sama seperti keadilan-Nya..
Dan begitulah seterusnya..
Apa yang kita ada, tidak terbanding dengan apa yang ada pada-Nya.

- Maka apakah perasaan seorang makhluk kepada-Nya?
Surah ini memberikan emosi/perasaan yang pelbagai kepada kita:
- Rasa tawadhu’ (rendah diri) kepada-Nya, sedar diri kita manusia pendosa yang sentiasa berharap keampunan dan rahmat-Nya..
- Rasa Izzah (harga diri) sebagai seorang Muslim, menyedari diri kita sebagai hamba Allah semata-mata membebaskan diri kita daripada kehambaan kepada selain-Nya.
- Rasa syukur dan sabar dalam setiap apa yang menimpa, baik ataupun buruk.
-Sentiasa berusaha untuk ikhlas hanya kepada-Nya, sentiasa muhasabah/memperbaharui niat kita.


Antara Sunnah Rasulullah SAW berkaitan surah al-Ikhlas:
1. Membaca surah al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur (bersama surah al-Falaq dan an-Nas)
2. Membaca surah al-Ikhlas 3 kali di waktu pagi dan petang (bersama surah al-Falaq dan an-Nas)
3. Membaca surah al-Ikhlas dalam solat-solat sunat pada rakaat kedua (pada rakaat pertama dibacakan surah al-Kafirun).

HUBUNGAN SURAH AL-IKHLAS DENGAN SURAH AL-FALAQ

Surah Al-Ikhlas menegaskan kemurnian Allah s.w.t. dan surah Al-Falaq memerintahkan agar semata-mata kepada-Nya-lah manusia memohon perlindungan daripada segala macam kejahatan.

Tuesday, 2 April 2013

PENGURUSAN KEWANGAN DIRI

Berikut merupakan 5 tip yang boleh diamalkan:

1. Kurangkan makan di luar

Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3x kos menyediakan makan sendiri di rumah. Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat sebagai contoh sebelum keluar rumah, makan siap2 supaya kita tidak perlu makan di luar.
Selain daripada itu, amalkan membawa bekal makanan ke pejabat kerana ia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan. Saya pernah melakukan ini semasa saya bekerja dan terbukti saya boleh rasakan lebihan kewangan yang saya ada sehingga hujung bulan. Kalau sehari RM5 makan, 20 hari bekerja sebulan, bermakna dalam RM100 dapat dijimatkan.

Ada lagi satu tip yang saya sedang praktikkan sekarang iaitu tidak makan apabila tiba waktu makan tengah hari. Biasanya saya hanya makan sarapan di rumah, kemudian balik petang saya akan terus makan malam awal seawal sebelum maghrib dan selewat lepas maghrib. Sebenarnya tip ini saya lakukan bukan semata-mata untuk berjimat belanja, tapi sebenarnya saya sedang berusaha menurunkan berat badan. Ternyata usaha saya berhasil dengan baik. Alhamdulillah.

2. Membuat catatan dan merancang pembelian

Tip ini adalah saranan dari Mekanik Wang Abang Abu. Saya pernah mengamalkan tip ini semasa saya berada di sekolah menengah rendah dahulu walaupun sudah agak lama, tapi masih segar di ingatan saya apabila setiap hari saya mencatat perbelanjaan harian saya, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Dengan tidak semena-mena, kaedah ini telah mengawal perbelanjaan harian saya. Sebenarnya konsep ini lebih kepada muhasabah diri. Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, kita akan berazam dan cuba perbaiki sikap berbelanja kita secara tidak lansung ia menjadi tabiat kita yang baik dalam berbelanja.

3. Perbelanjaan = pendapatan - simpanan

Tip ini disaran oleh ajen pelaburan saya mengenai pengurusan kewangan. Mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya kebanyakan kita menggunakan kaedah yang salah dalam pengurusan kewangan iaitu simpanan = pendapatan - perbelanjaan. Cara ini menyebabkan kita meletakkan simpanan itu berada di keutamaan yang paling belakang. Seharusnya kita perlu mengubah cara kita berfikir dalam mengurus kewangan kita supaya kita tidak dibelenggu dan dijerut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Oleh itu perkara yang pertama kita perlu buat apabila kita memperoleh pendapatan, tetapkan satu jumlah dari pendapatan tersebut sebagai simpanan. Seranan yang popular ialah 10% manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan. Pastikan kita menyimpan di dalam institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit sebagai contoh Tabung Haji. Walaupun sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak tapi kadang-kadang.

4. Menjaga harta dengan baik

Saya mendapat tip ini semasa saya habis sekolah tingkatan 5 pada waktu itu saya bekerja menolong atuk saudara dalam industri perikanan air tawar. Datuk saudara saya ini orang yang berada. Saya masih ingat ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga saya pada waktu itu bilamana saya tidak menjaga semua barang-barang dengan baik dan ambil sikap mudah dalam menggunakan setiap mesin rumput, mesin pemotong kayu dengan cara yang kasar tanpa memikirkan akibat ia kemungkinan akan rosak. Satu ayat yang masuk dalam kepala otak saya hingga sekarang di mana datuk saudara saya memarahi saya "orang tak pandai jaga harta akan papa (miskin)". Mulanya saya tak ambil kisah tapi lama kelamaan ayat itu semakin relevan.
Dikuatkan lagi saranan dari Mekanik Wang Abang Abu, memang betul apa yang diperkatakan. Kita ambil contoh satu senario di mana kasut sekiranya digosok dan polish setiap kali lepas pakai, ia akan bertahan lebih lama dan tak mudah rosak, tapi sekiranya kita tidak pernah ambil kisah untuk polish kasut tersebut, jangka hayatnya akan menjadi lebih pendek dan akibatnya kita terpaksa membeli kasut baru yang sudah pasti memerlukan kita mengeluarkan wang. Mungkin contoh yang lebih relevan ialah cara kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri. Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan(minta dijauhkan) dan paling tidak, tayar kereta akan cepat habis termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya. Tahukah anda, panduan yang lebih laju untuk jarak yang sama sebenarnya menggunakan lebih bahan api?

5. Elak menggunakan kad kredit semasa berbelanja

Pada beberapa tahun yang sudah, saya selalu membeli menggunakan kad kredit untuk barang keperluan rumah. Akibatnya perbelanjaan saya selalu terlebih. Banyak barang yang tidak penting dibeli menyebabkan keadaan kewangan agak tidak stabil. Walaupun saya tidak pernah mengamalkan penggunaan kad kredit secara berlebihan dan selalunya saya akan bayar penuh setiap bulan, tetapi dengan menggunakan kad kredit, boleh menyebabkan kita tidak menghadkan tahap perbelanjaan kerana mentality kita telah ditanam kad kredit ada had limit maksima dan  kita masih tidak mencapai tahap itu.
Selepas itu saya membuat keputusan untuk berhenti menggunakan kad kredit untuk membeli barang, sebaliknya kami sekeluarga meletakkan sebahagian peruntukan tetap untuk barang keperluan setiap bulan. Isteri saya akan membuat catatan setiap kali ingin membeli barang, kami akan berjimat menggunakan duit yang telah diperuntukkan dan mengelakkan dari terlebih belanja. Ternyata ia memang berkesan, kami boleh menjimatkan  banyak perbelanjaan bulanan kami.
Ok saya rasa itu sahaja  5 tip kewangan yang mudah untuk diamalkan dan amat efektif dalam pengurusan kewangan kita.