10 idea pemasaran daripada Dr. Azizan:
1) Berikan jaminan wang dikembalikan:
Sekiranya
anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan
jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati
dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih
ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya
mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus
untuk mereka. ~
2) Minta dan gunakan testimonial pelanggan:
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang
mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan
anda. ~
3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain:
Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang
mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar
dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus
berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat
mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari? ~ idea ini tersangatlah
bernas dan luar biasa.
4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian:
Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian
telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan,
pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang
membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan
mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan
anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak
membantu menambah nilai perniagaan anda. ~
5) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga:
Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan
professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda
melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai
pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan
anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda. ~ dah lama fikir pasal
ni, insyaAllah :)
6) Rakamkan video anda di YouTube:
Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube
setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat
liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa
untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan
di laman sosial anda seperti FACEBOOK. ~
7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda:
Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di
atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari
Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di
alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah
untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan
anda dilihat seperti syarikat “besar punya”. ~
8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda:
Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama
seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi
anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan
anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis
perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan
merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan
memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada
orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka
berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini
adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain
yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda. ~ bagus2.
9) Blog:
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web,
apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda
berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular
dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi
blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger
atau WordPress kerana ianya adalah percuma. ~
10) Tambah maklumat baru di laman web anda:
Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine
Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian
seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah
informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang
mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat
dalam masa yang singkat. ~
No comments:
Post a Comment