Apabila para pelawat atau prospek membaca iklan anda, contohnya brochure, banner dan sebagainya…perkara pertama yang mereka fikirkan ialah:
“Apakah produk / perkhidmatan ini boleh lakukan
untuk saya?"
Jika iklan anda tidak dapat menjawab
persoalan mereka, ianya akan berakhir & pergi dengan hanya begitu sahaja…mereka
berlalu tanpa berbuat apa – apa!
Ramai pengiklan yang membuat
kesilapan ini. Mereka terlalu memfokuskan iklan kepada diri mereka sendiri atau
syarikat mereka. Berapa lama pengalaman mereka dalam bidang perniagaan,
siapakah pelanggan terbesar mereka, pengalaman dan kos jutaan ringgit yang
mereka laburkan untuk mencipta produk yang canggih dan macam – macam lagi.
Sebenarnya, maklumat – maklumat ini
penting namun ia hanya boleh disampaikan dengan kaedah yang lain seperti
ruangan testimonial ataupun diruangan latar belakang. Bagi pelawat, ini perkara
kedua yang mereka ingin tahu. Yang mereka ingin tahu ialah, bolehkah produk
tersebut menyelesaikan masalah mereka. Ingat, sekali mereka mengabaikan iklan
anda, agak susah untuk mereka datang kembali dan anda telah pun kehilangan
jualan.
Apabila menyediakan iklan, anda
seharusnya membayangkan bahawa anda sedang menulis surat kepada rakan baik
anda. Setiap kali menulis iklan, saya selalu membayangkan bahawa rakan saya
adalah hampir sama seperti prospek atau pelawat web saya. Anggap para pelawat
seperti rakan baik kita yang sebenarnya.
Jadi, saya akan fikirkan apa yang harus
saya beritahu untuk meyakinkan beliau untuk mencuba produk saya? Bagaimana saya
nak mensasarkan keperluan dan kepercayaan rakan saya untuk memastikan beliau
mencuba produk saya?
Ketika menulis surat kepada rakan,
kita selalu membahasakan diri kita “saya” dan “saudara”. Apabila ingin
meyakinkan rakan kita, kita mungkin berkata “ Saya tahu saudara sudah mencuba
pelbagai cara. Namun saudara harus tahu…”
Dan ini tidak bermakna anda menulis
kepada orang kedua sahaja (sahabat anda), tetapi sebenarnya anda menulis kepada
semua orang. Anda memanggil semua prospek anda “saudara” dan ini lebih
peribadi. Namun, ada juga jenis penulisan iklan yang menggunakan panggilan
orang ketiga seperti “dia” dan “mereka”…tetap juga memberikan hasil yang
memberangsangkan. Contohnya:
“Kini Anda Berpeluang Menjadi Kaya Dengan
Teknik Yang Saya Tunjukkan” – iklan yang menggunakan teknik ‘orang kedua’
“Kini Mereka Telah Menjadi Kaya Dengan Teknik
Yang Saya Tunjukkan” – iklan yang menggunakan teknik ‘orang ketiga’
Jadi, perkara yang paling penting
ialah fokus terhadap pelawat anda, nyatakan apa yang mampu produk anda buat
untuk mereka.
No comments:
Post a Comment