Contoh Kes : Kegagalan Jualan Produk
Fairus (bukan nama sebenar) begitu teruja apabila mendengar dan melihat
kejayaan orang lain berniaga di Internet. Lantas tanpa membuang masa,
beliau terus membuat keputusan untuk menjual produk yang beliau rasakan
amat hebat.
Produk ini beliau hasilkan sendiri dengan harapan agar dengan kehebatan
produk itu, sudah pasti akan ramai yang akan membelinya nanti..
Kos yang telah beliau keluarkan untuk menjual produk tersebut ialah:
[1] Nama domain dan Hosting = RM100.00
[2] Kos upah laman web = RM450
[3] Kos penghasilan produk = TIADA (sebab produk digital)
[4] Masa penyiapan produk = 55 hari
JUMLAH KOS = RM550.00 dan 55 hari
Selepas siap produk dan laman web jualan, Fairus terus mempromosikan
produk tersebut. Hari berganti hari, namun jumlah jualan yang diharapkan
boleh dikira dengan jari. Jumlah pendapatan hanyalah RM65.00 sahaja dan ia
jauh lagi untuk mengembalikan modal yang dikeluarkan.
Bayangkan, Fairus telah mengambil masa selama 55 hari untuk
menghasilkan produk. Siang dan malam, makan minum tak terurus semata-mata
mahu menyiapkan produk.
Dengan rasa putus asa, Fairus menghentikan perniagaan produk tersebut
kerana teramat letih dengan usaha promosi yang dilakukan tetapi tiada
pembeli yang banyak.
Nasib baiklah Fairus menghasilkan produk digital. Kiranya tak rasa
sangat kerugian yang dialami. Kalaulah beliau menghasilkan produk fizikal
yang menyimpan banyak stok, sudah pasti Fairus akan tertekan dan sakit
tenat. :)
Apakah punca kegagalan
produk Fairus ini?
Jawapannya mudah: Fairus tidak melakukan kaji selidik dahulu sebelum
menentukan produk yang sesuai dipasarkan di Internet. Sebaliknya, beliau
"main redah" sahaja mengikut perasaannya.
Penyelesaian: Di dalam menentukan produk apa yang perlu dijual,
kita perlu melihat apa yang orang ramai mahukan. Sebaliknya, bukan apa
yang kita mahu jual.
Dengan mengetahui apa yang bakal pembeli mahukan, barulah kita tahu
produk apa yang perlu dijual atau yang boleh dihasilkan.
Dengan itu, barulah kos dan masa yang digunakan tidak sia-sia begitu
sahaja kerana apa yang kita hasilkan adalah apa yang orang ramai mahukan.
No comments:
Post a Comment