Friday, 29 March 2013

Prospek & kajian pemasaran

Prospek & kajian pemasaran


Lakukan Kajian Terhadap Statistik Pelanggan

Apabila kita berbicara tentang angka dan nombor, ramai yang tidak begitu mengambil berat akan hal ini. Angka dan nombor didalam perniagaan amatlah penting untuk dikaji serta dijadikan kayu pengukur. Jika anda memahami serta bijak memanipulasikan statistik angka, besar kemungkinan perniagaan anda akan terus berkembang.

Bagi perniagaan online, yang menjual melalui penggunaan surat jualan kebiasaannya akan dikenalpasti prestasinya dengan cara membandingkan jumlah pembelian dan jumlah pelawat yang datang.

Ini dikenali sebagai nisbah pertukaran (conversion rate), iaitu melihat berapa ramaikah yang membeli dari sejumlah trafik yang datang ke laman web mereka.

Jika anda melakukan pemasaran di luar sana, janganlah cuba mendesak pelanggan anda sehingga akhirnya mereka melarikan diri dari anda. Anda seharusnya berkongsi informasi dengan mereka dan bantu mereka untuk memenuhi keperluan mereka. Jangan sesekali mendesak serta memaksa mereka mendapatkan produk anda walaupun anda sedar produk anda mungkin tidak dapat membantu mereka. Ini pasti akan menimbulkan masalah buat anda di kemudian hari.

Jika prospek tersebut tidak termasuk didalam sasaran pasaran anda, biarkan sahaja. Maknanya, bilangan prospek anda mungkin sedikit tetapi ianya sangat tepat untuk berada didalam bidang sasaran pasaran anda.

Di dalam bidang perniagaan, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nasib dengan beranggapan perniagaan anda gagal kerana anda tidak dilahirkan untuk menjadi seorang peniaga.

Sebaliknya, anda harus faham bahawa setiap individu boleh dilatih untuk menjadi peniaga. Seterusnya pula, ia bergantung kepada usaha anda untuk mempelajari selok belok perniagaan disamping daya keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Jutawan yang ada sekarang ini pun, kebanyakannya bukanlah dari latar belakang keluarga yang menjalankan perniagaan.

Begitu juga halnya dalam bidang pemasaran. Ia bukan berkisar samada anda berbakat atau tidak dalam melakukan pemasaran sebaliknya ia lebih kepada teknik dan strategi yang digunapakai.

Dengan maklumat yang dikongsikan didalam blog ini, walaupun nampak ringkas tetapi saya berharap ia akan membantu anda untuk melihat dengan lebih jelas lagi tentang strategi yang betul dalam melaksanakan kempen pemasaran anda.

Semoga perniagaan anda, baik secara online ataupun offline akan berkembang dan menjadikan anda seorang jutawan nanti.

No comments:

Post a Comment