Apakah itu pemasaran?
Dalam bahasa yang paling mudah,
pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara
pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang
hendak ditawarkan.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
* Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
* Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
* Lakukan promosi dan pengiklanan – usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
* Kos efektif – kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
* Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
* Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
* Kekalkan hubungan dengan pelanggan – ingat namanya dan senyum selalu.
* Kesimpulannya, strategi pemasaran
yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau
perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan
geografi, demografi dan komunikasi.
sumber :usahawanbumiputera.com
No comments:
Post a Comment