Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau
Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah
menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu
proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini
dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.
Mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah
Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia
iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas
namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas
namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh
dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan
Mahkamah.
Kuasa Lembaga Pengarah
Pemegang
Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan
Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam
pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga
Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan
ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan
mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang
yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga
Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.
Liabiliti Terhad
Sifat
kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan
Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak
akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan
tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham
Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad
kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.
PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT
Peringkat Pertama
Permohonan
mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain
dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:
a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai
b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim
c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.
Pada
ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan
Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama
Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.
Peringkat Kedua
Selepas
nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan
Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat).
Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan
menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :
a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A :
Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat.
b. Borang Perlantikkan Pengarah -
Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.
c. Penyataan Pematuhan - Borang 6
Peringkat Terakhir
Selepas
kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM,
maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang
kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.
Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.
----->a. Borang
24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah
Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up
Capital).
----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat
----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.
Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan :
----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A
----->b. 5 Salinan Borang 44
----->c. 5 Salinan Borang 49
----->d. 5 Salinan Borang 24
----->e. 5 Salinan Borang 9
----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)
Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.
No comments:
Post a Comment