Modal Dibenar, Berbayar Dan Panduan
Membuat Pindaan
Modal Dibenar
Iaitu
modal syarikat memberitahu kepada Pendaftar Syarikat atas angka maksimum
bermakna modal berbayar kita tidak boleh melebihi modal yang dibenarkan untuk
dilabur di dalam syarikat.
Modal Berbayar
Setiap sen pemegang saham laburkan terus dimasukkan ke dalam
bank tetapi modal berbayar boleh juga menggunakan harta seseorang yang
dipinjamkan oleh haknya pada syarikat.
Misalnya :
Seseorang pengarah memasukkan duit RM50,000 (tunai) untuk
modal. Seorang lagi melaburkan harta 1 ekar tanah dengan harga 50,000 ke dalam
syarikat itu dan memindah milik hak tanah itu kepada hak syarikat atau juga
perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh seseorang pengarah atau
pemodal saham atau seseorang individu itu dipermodalkan iaitu diiktirafkan
kepada modal.
Denda-Denda Pendaftar Syarikat (ROC)
Mengikut pengalaman dan kes-kes yang telah dicatatkan di
Pendaftar Syarikat ataupun di mahkaman, kebanyakkannya ialah dari golongan
berikut :
- Lewat mengfailkan Akaun Tahunan
- Lewat mengfailkan Penyata Tahunan
- Lewat mengfailkan Pertukaran Pengarah dan Setiausaha;
- Lewat mengfailkan peningkatan modal berbayar dan modal dibenar dan
- Lewat mengfailkan borang 49 pengarah utama, syer utama dan pejabat berdaftar.
Denda-Denda Oleh ROC Yang Wajib
Diketahui Oleh Semua-Semua Pengarah
- Prosedur mengenai mengfailkan dokumen-dokumen kepada Pendaftar Syarikat.
Semua dokumen-dokumen mestilah difailkan kepada Pendaftar
dalam tempoh yang ditentukan oleh Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat.
Contohnya :
- Penyata Tahunan mestilah difailkan dalam tempoh 1 bulan melainkan "registered branch" syarikat tersebut adalah di luar Malaysia yang mana penyata Tahunan mestilah difailkan dalam tempoh 2 bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
- Borang 28 adalah borang mengenai penambahan modal yang dibenarkan mestilah difailkan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat EGM.
- Borang 49 adalah borang mengandung butir-butir pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat tersebut yang mana mesti difailkan dalam tempoh 1 bulan dari perlantikan seseorang pengarah atau pengurus atau setiausaha syarikat itu.
- Penyata Kewangan mestilah difailkan dalam tempoh 6 bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
Jikalau borang-borang tersebut tidak difailkan dalam masa
yang diberikan di bawah Akta Syarikat, denda atas lewat menyerah borang akan
dikenakan oleh Pendaftar Syarikat kepada sesebuah syarikat tersebut.
- Jika borang-borang itu difailkan dalam tempoh 14 hari selepas tempoh yang ditetapkan.
Jumlah lewat mengfailkan dokumen adalah RM25.00 yang akan
dikenakan semasa mengfailkan dokumen itu kepada Pendaftar Syarikat.
- Jika dokumen itu difailkan selepas 14 hari dari tempoh yang ditetapkan.
Jumlah yang dikenakan atas lewat mengfailkan dokumen RM50.00
semasa mengfailkan dokumen itu kepada Pendaftar Syarikat.
Selain
daripada itu, denda di bawah kesalahan Akta Syarikat juga akan dikenakan ke
atas borang/dokumen itu selepas borang/dokumen tersebut difailkan kepada
Pendaftar Syarikat dan satu surat notis pembayaran akan dikeluarkan.
Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk memenuhi keperluan kewangan anda? kami dipercayai, kuat, pantas dan dinamik, tidak memeriksa kredit dan menawarkan jaminan 100% untuk pinjaman luar negeri dalam tempoh ini pada kadar faedah 2%. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel dengan maklumat di bawah;
ReplyDeleteData pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
E-mel: (rumanajloanfirm@gmail.com)
RUMANA J LOAN FIRM
Selamat sejahtera