PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Pendaftaran Perniagaan
Perseorangan Dan Perkongsian
Undang-undang kerajaan Malaysia, memerlukan usahawan mendaftar perniagaan mereka mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) bagi perniagaan perseorangan dan perniagaan berkongsi, kecuali
- Penjaja kecil-kecilan seperti pasar malam, atau perniagaan bersabit dengan pelancongan atau perniagaan perkhidmatan yang diberi kuasa pada setengah-setengah agensi kerajaan.
- Syarikat yang telah berdaftar dengan pendaftaran syarikat.
- Perniagaan yang berbentuk perkhidmatan profesional seperti Jurutera, Arkitek, Peguam dan Akauntan.
Usahawan perlu memohon untuk pendaftaran perniagaan perseorangan
dengan mengisi borang dan menghantarkannya pada Pejabat Pendaftaran Perniagaan
yang berdekatan dengan tempat atau alamat melakukan perniagaan. Borang-borang
yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran.
Pendaftaran Syarikat Sendirian
Berhad
Penubuhan syarikat sendirian berhad adalah mengikut akta
syarikat 1965. Pertama, memohon cadangan nama syarikat untuk diluluskan oleh
pendaftar syarikat. Permohonan ini memerlukan bayaran RM10 (Borang 13A) bagi
memproses nama yang dikehendaki. Apabila nama yang dicadangkan telah diluluskan
oleh Pendaftar Syarikat, satu lagi permohonan perlu dibuat dengan mengisi
borang untuk menentukan bahawa nama itu tidak boleh digunakan oleh orang lain.
Simpanan nama hanya dalam tempoh dua bulan.
Selain
dari tindakan pertama di atas, syarat-syarat lain juga diperlukan untuk
pemerosesan penubuhan syarikat. Semua dokumen atau borang mesti diserahkan
kepada Pendaftar Syarikat, yang kebiasaannya berada di semua ibu negeri.
Dokumen yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
- Memorandum dan Undang-Undang Persatuan.
- Dokumen yang menjelaskan nama, tarikh pendaftaran, jumlah saham, modal yang dibenarkan . Cara pentadbiran hal ehwal syarikat , jenis perniagaan dan butir lain berkenaan syarikat.
- Borang 6 - Status Pematuhan Syarat
- Borang 7 - Sijil Pengenalan Pengarah
- Borang 45 - Persetujuan status menjadi Pengarah
Selepas mendapat kelulusan iaitu sijil penubuhan dari
Jabatan Pendaftaran Syarikat, borang-borang dan maklumat-maklumat berikut perlu
diserahkan untuk pemerosesan lanjutan dalam tempoh satu bulan.
- Borang 49 - Butir-butir pengarah, pengurus dan setiausaha.
- Borang 44 - Butir-butir pejabat berdaftar syarikat.
- Borang 24 - Penyata Pengeluaran Saham.
PENDAFTARAN
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
TATACARA
MENDAFTAR SYARIKAT
CARIAN
NAMA SYARIKAT
BORANG
13A
NAMA
DILULUSKAN
(Jika
tidak diluluskan cari nama lain)
(Tempoh
tamat mendaftar selama 3 bulan)
FAILKAN
DOKUMEN-DOKUMEN
Borang
6 - Statutory Declaration of Compliance
Borang
48A - Statutory of Declaration before incorporation
Lampiran
A
Salinan
surat kelulusan nama syarikat dari ROC
Memorandum
and Articles of Association
SIJIL
PENUBUHAN SYARIKAT DIKELUARKAN OLEH ROC
BORANG
9
(Tempoh
memfailkan dokumen selama 1 bulan)
FAILKAN
DOKUMEN-DOKUMEN
Borang
44 - Notice of situation of Registered Office
Borang
24 - Return of Allotment of Shares
Borang
49 - Register of Directors, Managers and Secretaries
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan UK / USA. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete